Saturday, November 27, 2010

Roadshow Ceramah Selamatkan Selangor Darul Ehsan Hari Ini.


Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan Dari Pakatan Haram.

Hari ini 27 Nov 2010, Jam 8.30 malam.

Bertempat Di:
Rumah Tuan Hj. Abu Bakar Bin Sharif, Lot 625, Jalan Tengas,
Kampung Padang Jawa, Shah Alam.

Penceramah:

Senator Ezam Mohd Nor
(Bekas Ketua Pemuda Keadilan)

Ustaz Ahmad Najib
(Bekas YDP PAS Kawasan Gombak)

SEMUA DI JEMPUT HADIR.

Thursday, November 25, 2010

Isu Pasir Selangor- MP Wangsa Maju Wee Choo Keong BETUL!!- Ini buktinya

Smlm MP Wangsa Maju yang dah keluar PKR, Wee Choo Keong mendedahkan 2 individu penting yang didakwa terlibat dalam kes pasir di Selangor. Salah seorangnya adalah pemilik syarikat Sungai Rambai Angkut Sdn Bh Datuk Tan Chin Huat yang mendapat tender membeli pasir dari KSSB. Aku nak betulkan kenyataan dari Utusan. KLIK SINI. Sungai Rambai Angkut bukan mendapat tender tapi dilantik secara terus oleh KSSB untuk mendapatkan harga istimewa dalam pembelian pasir.Ini adalah surat balasan daripada Sungai Rambai Angkut kepada KSSB mengatakan penghargaan kepada KSSB kerana diberi rebet istimewa dalam pembelian pasir. Diskaun yang diberikan bukanlah RM.30 sen tetapi sebanyak RM0.70 sen seperti tertera di dalam surat tersebut.Dalam masa yang sama Sungai Rambai Angkut juga menyatakan bahawa KSSB wajib memberikan harga istimewa kepada mereka berbanding orang lain tanpa alasan yang kukuh.Kalau dikira alasan mereka membeli pasir dalam jumlah yang banyak, aku yakin banyak lagi syarikat yang membeli pasir dalam kuantiti yang banyak daripada KSSB.Aku tak salahkan Sungai Rambai Angkut dalam keistimewaan ini.Sebagai syarikat yang berniaga ini adalah peluang terbaik kepada mereka.Apa yang aku persoalkan adalah adakah ada kemungkinan berlaku salah guna kuasa di dalam KSSB sehinggakan Sungai Rambai Angkut diberi keistimewaan seperti ini berbanding syarikat lain.Mengikut sumber hanya 2 syarikat diberi keistimewaan seperti ini iaitu Sungai Rambai Angkut dan juga LCE.Malangnya LCE tidak diberi harga yang sama dengan Sungai Rambai Angkut.


Aku yakin barua-barua Khalid Gagap akan cuba bermain dengan macam-macam alasan.Aku nak tunjukkan bagaimana Sungai Rambai Angkut dijadikan proxy oleh pengurusan KSSB dalam urusniaga pasir. Secara logik setiap pasir yang dibeli haruslah melalui KSSB dan bayaran dibuat terus kepada KSSB. Persoalannya sekarang kenapa syarikat pasir lain terpaksa membeli pasir dengan Sungai Rambai Angkut bukannya dibeli terus daripada KSSB.Barua-barua Khalid Lembu akan kembali bertanya apa buktinya. Aku jawap ini buktinya. Kenapa sebuah syarikat Levelhill Transport & Trading Sdn Bhd terpaksa membayar sejumlah RM20 ribu kepada Sungai Rambai dan bukannya kepada KSSB.Untuk pengetahuan Levelhill adalah sebuah syarikat yang menjadi pembekal kepada Sunway Group iaitu salah sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.Klik Sini.



Kesimpulannya senang sahaja, Sungai Rambai diberi diskaun sehingga RM0.70 sen.Rujuk surat di atas dan dijual kepada syarikat-syarikat lain.Soalan logik yang budak darjah 1 boleh fikir, kemana keuntungan RM0.70 sen itu pergi? Kepada Sg Rambai Angkut? Sebelum itu cuba kita fikir kenapa perlu keuntungan diberi kepada Sg Rambai Angkut. Adakah lebih baik keuntungan diberikan kepada KSSB yang mana keuntungannya boleh digunakan untuk kebaikkan rakyat Selangor. Seperti tajuk di atas, apa yang dikatakan oleh YB Wee Choo Keong itu betul. Adakah YB-YB yang keluar daripada Pakatan Rakyat itu penipu atau PR itu sendiri menipu rakyat?? Fikirkan Bersama.

sumber: kitagempur.com

Thursday, November 18, 2010

13 Mei Hari Perpaduan : DAP Umpama “Anjing Takut Bayang-bayang”


DAP hari ini dibidas dan dianggap sebagai parti “buta sejarah” berhubung cadangan untuk menjadikan 13 Mei sebagai tarikh memperingati salah satu daripada peristiwa bersejarah di negara ini. Gelagat DAP berhubung perkara itu tidak ubah seperti perumpamaan “bagai anjing takut bayang-bayang”.

Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramly berkata mereka tidak perlu takut dengan cadangan berkenaan kerana saranan tersebut dilihat bakal memberi kekuatan kepada keharmonian kaum yang telah wujud sejak sekian lama.

Soal beliau kenapakah pemimpin DAP tidak berani menghadapi menghadapi kenyataan berhubung peristiwa 13 Mei itu kerana manfaatnya adalah cukup besar demi kepentingan negara dan rakyat pelbagai kaum.

“DAP tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk menggagalkan hasrat tersebut jika mereka berani berhadapan dengan kebenaran. Saya tidak faham mengapa DAP dan beberapa pemimpin parti politik lain menentang perkara ini termasuk cadangan pelajaran Sejarah diwajibkan sebelum ini.

“Apakah mereka mereka takut jika fakta sejarah ini diketahui oleh rakyat. Kita percaya jika perkara ini menjadi realiti, ikatan perpaduan akan menjadi kukuh kerana masing-masing akan mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh mengundang perasaan tidak puas hati mana-mana pihak.

“Negara kita berbilang kaum dan amat wajar cadangan tersebut direalisasikan. Bagi saya, cadangan tersebut bukannya berunsur hasutan tetapi lebih kepada menjurus permuafakatan antara kaum di negara ini,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kolum Cuit Utusan Malaysia Rabu lalu yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.

Kolumnis Zaini Hassan membuat saranan itu setelah kerajaan DAP Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim selama enam bulan hanya kerana beliau mengeluarkan perkataan ’13 Mei’.

Walaupun cadangan itu dibantah oleh pakatan pembangkang yang membuat laporan polis kerana menyifatkannya sebagai hasutan tetapi ramai pihak menyokongnya kerana ia langkah positif untuk mengukuhkan perpaduan

Mohd Faizal yang juga Ketua Pemuda Teluk Kemang seterusnya berkata DAP seolah-olah takut kepada bayang-bayang sendiri.

Tegas beliau, penentangan DAP terhadap cadangan berkenaan tidak berasas dan hanya mahu meraih sokongan politik murahan.

“Kita berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan sehalus-halusnya agar peristiwa yang menggugat keharmonian kaum itu tidak akan berulang. Dan kita juga yakin, majoriti rakyat akan menyokong segala usaha yang membawa kebaikan kepada negara.

”Sejarah adalah sejarah dan ianya tidak boleh di sembunyikan khususnya sejarah hitam. Apabila umum mengetahui dan mereka menginsafi persitiwa berkenaan, sudah tentu masing-masing tidak mahu perkara itu berulang sebaliknya akan dijadikan pengajaran penuh bermakna untuk kepentingan bersama,” katanya.

Monday, November 15, 2010

Kenali Siapa Nik Aziz Sebenarnya

Mengenali siapa sebenarnya nik aziz, murshidul am pas dari kaca mata ustaz mohd nor deris.





klik sini untuk bahagian 2 dan bahagian 3

Wednesday, October 13, 2010

Satu Lagi Laporan Polis Salah Laku Seks Anwar


Seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.

Wednesday, September 1, 2010

UMNO Shah Alam Bantu Ibu Tunggal.


SHAH ALAM 27 Ogos - UMNO Bahagian Shah Alam semalam menyerahkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada seramai 60 orang ibu tunggal dan mereka yang mempunyai tanggungan ramai.

Sumbangan berupa barang keperluan, kuih dan duit raya itu disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Zulkarnain Md. Ruslan dan Ketua Pemuda Bahagian, Azhari Shaari yang digerakkan serentak dalam dua kumpulan.

Azhari memberitahu, amal jariah itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya tidak lama lagi.

"Secara langsung ia juga dapat mendekatkan UMNO dengan masyarakat seperti yang disarankan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa parti masih relevan dan sentiasa membela nasib rakyat," katanya di sini.

Beliau menambah, senarai penerima itu disediakan oleh cawangan-cawangan UMNO bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam program yang diadakan pada setiap tahun itu.

utusan online.

Saturday, August 28, 2010

Selepas Serdang Giliran Selayang Pula

Ketika hangat isu ahli parlimen Serdang memasuki sebuah Surau di Kajang diperkatakan, kini muncul perkara yang sama di Selayang pula.

Bila kejadian tersebut berlaku tidak dapat dipastikan, tetapi ianya dilaporkan dalam Sinar Harian hari ini (jumaat 27.ogos.2010) di muka surat S13.

Perkara ini seolah-olah tiada kesudahannya. Saban tahun kejadian seperti ini berlaku semenjak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih negeri Selangor.

Perkara ini tidak pernah terjadi sepanjang pemerintahan kerajaan BN yang lepas. Semasa BN memerintah bukannya tiada wakil-wakil rakyat BN yang bukan islam menyampaikan bantuan kepada surau-surau atau masjid di Selangor, ianya ada. Tetapi mereka tidak pernah memasuki ruang sembahyang. Majlis hanya berlangsung di perkarangan surau.

Tetapi keadaan sekarang sudah berkecamuk, yang bukan islam masuk masjid, yang islam masuk gereja, kuil dan kilang arak. Semuanya dalam usaha mengejar undi.

Gambar di atas juga jelas sebagaimana di Serdang, gambar menunjukkan ahli parlimen Selayang dari PKR ,William Leong sedang menyampaikan sumbangan kepada Nazir Masjid di dalam ruang sembahyang dan di saf paling depan.

Arahan JAIS sudah jelas

Orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam.

Tetapi mereka mengepi dan mengabaikan semua arahan ini demi cita-cita politik. Kejadian yang serupa pernah berlaku di Klang tahun lepas. Mereka tidak mengambil pengajaran dalam hal ini dan mereka seolah-olah mencabar kuasa JAIS dan juga mencabar DYMM Tuanku Al Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

Kami di Selangor Daily berharap MAIS dapat mengambil tindakan yang sama seperti di Kajang terhadap Masjid ini, iaitu MAIS mengambil alih pentadbirannya.

Sumber: selangor daily.

Saturday, August 7, 2010

Laporan Polis Terhadap Tony Pua.


Laporan Polis terhadap Tony Pua yang di buat bersama pergerakan pemuda UMNO Bahagian Kota Raja di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 4 ogos 2010 jam 3 petang.

Friday, July 9, 2010

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam telah dirasmikan Oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed di Dewan Auditorium SIRIM Shah Alam pada 7 July 2010.








Wednesday, May 26, 2010

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Semalam bertempat di pejabat UMNO Bahagian Shah Alam, satu sidang akhbar telah dibuat oleh pergerakan pemuda UMNO Shah Alam yang meminta kerajaan memansuhkan Lesen Judi Piala Dunia, kenyataan akhbar itu di baca sendiri oleh Azahari Shaari ketua pemuda UMNO Bahagian Shah Alam. dibawah adalah salinan kenyataan akhbar itu.

Tuesday, May 25, 2010

SMS Babah dijawab Pemuda UMNO Shah Alam

SAYA merujuk kepada SMS Babah dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 24 Mei 2010. Pemuda UMNO Shah Alam mengagih kek ke sekolah-sekolah sempena Hari Guru merupakan Program Tahunan Pemuda Bahagian Shah Alam.rujuk sini

Masalah penduduk pangsapuri yang diutarakan oleh Babah tidak dinyatakan di mana dan apa isunya. Adakah Babah sudah merujuk permasalahan penduduk kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saya berharap agar Babah dapat memaklumkan maklumat jelas dengan kadar segera kepada penama di bawah.

AZHARI SHAARI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam

Thursday, May 20, 2010

Pemuda UMNO Shah Alam hargai jasa guru.

Sempena sambutan Hari Guru, Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam menyumbang tujuh biji kek kepada tujuh buah sekolah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan golongan itu mendidik anak bangsa.

Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pemberian hadiah itu yang bermula tahun lepas sebenarnya terlalu kecil berbanding sumbangan guru yang tidak ternilai kepada masyarakat.

"Tanpa guru, tidak akan wujud ahli politik, doktor, wartawan, peguam dan sebagainya, maka kita yang sudah lama berhenti sekolah wajar mengenang jasa guru yang mendidik anak-anak kita dan anak bangsa tanpa jemu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan kek di tujuh buah sekolah di sini hari ini.

Azhari berkata, program sempena Hari Guru akan diteruskan pada setiap tahun bagi menghargai jasa golongan pendidik tidak kira yang baru atau lama.

Sekolah-sekolah yang menerima kek tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Seksyen 7, SM Seksyen 9, SM TTDI, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seksyen 6, SRK Rendah Dua Seksyen 6, SRK Seksyen 9 dan SRK Seksyen 19.

Guru Besar SRK Seksyen 6, Asmui Kairon, 52, ketika ditemui mengucapkan syukur kerana ada pihak yang prihatin dengan pengorbanan guru mendidik anak bangsa dan menghargai jasa guru kepada masyarakat.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Shah Alam yang menyanjung tinggi profesion guru," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum SRK Seksyen 9, Ong Eng Too berkata, sumbangan kek itu adalah contoh kepada generasi muda tentang pentingnya menghargai mereka yang telah banyak berjasa dalam melahirkan insan berguna dan berbakti kepada negara.

Wednesday, May 19, 2010

Pemuda UMNO mahu tahu status Johan


Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam meminta kepimpinan parti memberi penjelasan berhubung status keahlian Ketua Pemuda UMNO Cawangan U10, Johan Md. Diah, yang sebelum ini menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mengetahui status Johan.

''Pemuda bahagian masih tidak pasti tentang status Johan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Shah Alam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam 4 Mei lalu membuat ketetapan untuk meminta kepimpinan parti memberi keputusan yang jelas berhubung kedudukan Johan dalam parti.

''Status Johan perlu diputuskan oleh kepimpinan parti kerana tindakan beliau bertanding atas tiket Bebas ternyata membelakangkan parti dan satu tindakan perlu diambil ke atasnya.

Menurutnya, walaupun Johan menarik diri daripada bertanding, tindakannya telah menjejaskan moral dan kredibiliti ahli UMNO yang sentiasa patuh kepada arahan parti.

Thursday, March 25, 2010

Siapa Arah Zul Buat Fitnah, Apa Fatwa Nik Aziz.


Ketika pendedahan di Dewan Rakyat, Rabu Ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu tidak menyebut siapa mengarahkannya mendapatkan akuan bersumpah untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ini sekaligus menimbulkan teka teki kerana perkara itu berlaku ketika beliau masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Wan Azizah Ismail manakala penasihat parti itu pula adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sewaktu sidang media di Lobi Parlimen, Zulkifli walaupun didesak media mendedahkan siapa mengarahkannya berbuat demikian tetap merahsiakannya.

Katanya, soalan itu sepatutnya ditanya di dalam Dewan.

Bagaimanapun, ketika Zulkifli mendedahkan perkara itu ketika membahasa usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agong, tiada seorangpun ahli parlimen kerajaan atau Barisan Nasional bangkit meminta penjelasan beliau, siapakah yang mengarahkannya untuk memfitnah Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebenarnya, mungkin ramai ahli parlimen di dalam dan di luar Dewan tidak perasan Zulkifli menceritakan perkara itu kerana penyampaian hujah yang bersahaja.

Ini jelas apabila ada beberapa ahli parlimen bertanya kepada wartawan yang mengikuti pendedahan bekas pemimpin PKR yang dipecat dari parti itu sama ada betul atau tidak apa Zulkifli perkatakan.

Jika diteliti, inilah pendedahan besar atau letupan yang pernah dijanjikan Zulkifli apabila siding Parlimen bermula minggu lalu.

Dibandingkan dengan pembongkaran Pelan 16 September oleh ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai Anwar menjaja nama Agong dan Panglima Angkatan Tentera, apa diperkatan Zulkifli lebih serius.

Jika Zahrain mendedahkan apa yang diistilah ‘hearsay’ atau dengar cakap yang diperkatakan Anwar, Zulkifli mendedahkan apa yang beliau disuruh melakukan iaitu satu fitnah besar terhadap Najib dan Rosmah.

Apatah lagi beliau dijanjikan ganjaran yang diistilahkan boleh mengoyahkan imannya.

Malah, arahan untuk ‘memfitnah’ itu tidak berakhir setakat Najib dan isteri tetapi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga mahu dijadikan mangsa.

Zulkifli mendedahkan beliau turut diminta mengaitkan Mohd Nadin, anak kepada Nazri yang disiasat polis kerana berada di sebuah restoran di Sri Hartamas pada 2004 tempat berlakunya pergaduhan menyebabkan kematian Darren Kang.

Bagaimanapun, lima warga Thai mengaku salah apabila kes itu disebut di mahkamah.

Moral cerita yang boleh dipelajari daripada pendedahan ini walaupun Zulkifli tidak menamakan siapa mengarahkannya dan berapa upahnya adalah fitnah dan tawaran wang ringit dianggap biasa bagi mereka yang diistilah beliau sebagai ‘syaitan bertopengkan manusia’.

Kini terserah rakyat meneka siapa dimaksudkan Zulkifli walaupun tanpa beliau mendedahkannya siapa.

Apapun, pendedahan Zahrain dan Zulkifli ini sudah menyebabkan PKR mahupun pakatan rakyat berdepan keruntuhan moral dan bakal hilang kepercayaan rakyat yang mengundi mereka pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Pakatan Rakyat kini semakin terasak di dinding dan yang paling tercabar dan rasa malu pastinya pemimpin-pemimpin PAS yang bersekongkol dalam pakatan rakyat.

Sebagai parti yang beria-ria kononnya memperjuangkan Islam, PAS rupa-rupanya terbabit dengan parti yang dipimpin oleh seorang penipu dan pemfitnah.

Barangkali Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh membacakan ‘fatwa’nya mengenai matlamat menghalalkan cara yang dilakukan pakatan rakyat semata-mata mahu mengapai impian menawan Putrajaya termasuk menipu dan fitnah, perbuatan yang dikeji agama Islam.

Tuesday, March 16, 2010

Parlimen, Ada Yang Bakal Meletup.?


Zulkifli Noordin yang keluar PKR dan kini ahli parlimen Bebas percaya akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara pada peringkat awal sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin.

“Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe,” ujar ahli parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

Sidang Dewan Rakyat ke 12 Penggal ke tiga akan berlangsung hingga 15 April.

Zulkifli yang meninggalkan parti itu dua minggu lalu, tidak menyatakan perkara bakal meletup itu tetapi ada desas desus kemungkinan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Menerusi tulisan terbarunya di blognya, Zulkifli turut menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengenepikan konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi apabila tidak mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang kepada pemimpin DAP yang mendominasi kerusi ahli parlimen pembangkang sekarang.

Selepas ahli parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) keluar parti dan jadi ahli parlimen Bebas termasuk Zulkifli, PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja.

Walaupun ada pihak berpendapat PKR masih ada 27 kerusi, Zulkifli berkata ahli parlimen Sungai Siput, Jeyakumar mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukannya PKR.

Menurut Zulkifli, Anwar seharusnya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Lim Kit Siang kerana DAP mendahului dengan 28 kerusi dan PAS cuma 23 kerusi sahaja.

Katanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak boleh mengiktiraf Pakatan Rakyat kerana PR bukan sebuah badan berdaftar, sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak saperti BN yang berdaftar.

Beliau juga cukup pasti DAP dan PAS membawa usul dalam Parlimen supaya Anwar dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.

Zulkifli juga yakin Fir'aun-Fir'aun Kecil yang mengelilingi Anwar telah mempengaruhi beliau dengan menyatakan bahawa dari segi undang-undang tidak jadi masalah untuk ahli parlimen Permatang Pauh itu terus berpaut kepada jawatan Ketua Pembangkang walaupun PKR sudah hilang majoriti.

Menurutnya lagi, berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti-parti bukan kerajaan dan Peraturan 2 Peraturan mesyuarat Parlimen Malaysia, dan berdasarkan prinsip 'amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah.

Ini bermakna, semua Ahli Parlimen DAP sepatutnya duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I, diikuti oleh Ahli Parlimen PKR dan kemudiannya PAS dan PSM.

“Jadi saya nak tengok esok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh Tan Sri Speaker. Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul Peraturan Mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi,” ujarnya.

Zulkifli menegaskan, pada sidang ini, buat pertama kalinya beliau akan bertindak sebagai wakil bebas dan akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam.

Tuesday, February 23, 2010

Siapa VIP PKR Itu???


Penghujung Februari ini kita sekali akan digegarkan dengan berita pemimpin VIP PKR yang pernah mengegarkan negara menyertai UMNO.Pemimpin tersebut nampaknya telah mula sedar sepertimana Zahrain dari Pulau Pinang.Pemimpin ini mungkin mempunyai pendapat yang sama seperti Zahrain yang tidak mahu menjadi pengkhianat kepada agama,bangsa dan negaranya.

Beliau akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada salah seorang pemimpin utama negara nanti.Lokasi penyerahan borang tersebut dijangkakan di negeri Selangor.Sebagai penghormatan kepada Selangor yang diancam oleh pelbagai kategori manusia seperti Peliwat, Perogol dan juga Pemabuk, kita sebagai rakyat Selangor harus mengalu-alukan kedatangan pemimpin PKR ini dalam membantu BN menelanjangkan kebebalan dan juga kemunafikan gabungan Pakatan Haprak ini.

Pemimpin ini pernah mendapat pembelaan daripada Peliwat Tegar yang cuba menjadi hipokrit dalam memastikan rahsianya tidak terbongkar.Penyertaan pemimpin ini akan menelanjangkan lagi siapakah Peliwat Tegar yang melarikan anak dara orang ke Siam.Walaupun tanpa restu mak bapak, nasibnya baik jodoh tetap kekal hingga ke sekarang walaupun terpaksa berkongsi tongkat sakti yang tidak mengenal umur dan jantina.

Juak-juak Pakatan Haprak pula masih lagi dibuai mimpi indah yang didendangkan oleh Peliwat Tegar yg rahsianya terburai sedikit demi sedikit di mahkamah.Penyokong haprak memperbodohkan diri dengan berdemonstrasi di mahkamah umpama telor dan batang..batang yang sedap menikmati isi lubang tetapi telor berlegar-legar ditepi lubang..apa yang telor dapat??? itulah yang terjadi kepada penyokong haprak yang dipaksa hadir walaupun untuk 2 3 jam.Kesudahannya perbicaraan ditunda...

Sama-sama kita tunggu siapakah pemimpin tersebut dan mampukah beliau memberi ketakutan kepada Pakatan Haprak.Apa yang pasti akan ada blogger ataupun pemimpin haprak menyalak mendedahkan keburukan pemimpin ini. Andai ini terjadi, aku berkeyakinan penuh rakan blogger Pro BN akan membantu dalam apa keadaan sekalipun..pesanan aku kepada pemimpin VIP PKR ini, pastikan niat dan tindakan berjalan seiring demi agama,bangsa dan negara.

sumber: kitagempur.com

Monday, February 22, 2010

Walau Apa Pun Alasan Anwar, Tindakannya Itu Meletakkan Negara Dalam Keadaan Sulit

1 Saya sebenarnya tidak mahu bercakap lagi tentang Anwar. Saya sudah hampir melupai Anwar setelah apa yang dia buat ke atas negara ini. Lagi pun sudah ramai yang memperkatakan tentang dirinya dan apa yang pernah dia dilakukan.

2 Tetapi sebagai seorang guru yang hanya mengajar perkara yang benar dan baik saya tidak akan membiarkan apa yang Anwar lakukan ke atas negara ini sampai menjadi ikutan anak-anak didik saya sedangkan dengan jelas perbuatan Anwar itu salah.

3 Tulisan saya ini bukan untuk memberitahu Anwar tentang apa yang beliau lakukan, tetapi ditujukan kepada anak didik saya yang sedang membesar dan bakal menggantikan kepimpinan yang ada sekarang. Generasi pelapis yang bakal menerima negara ini dan seluruh legasi pemimpin terdahulu dan sekarang.

4 Saya sedar tulisan ini tidak penting buat Anwar setelah nasihat yang lebih mudah didapatinya daripada rakan-rakannya dari dalam dan luar negara. Tetapi tulisan ini begitu penting kepada anak-anak didik di seluruh negara yang sedang belajar menilai dan membuat keputusan yang mana satu baik untuk negara ini dan yang mana pula tindakan yang perlu dielakkan sama sekali.

5 Jika anda percaya yang Anwar akan menghentikan permainan ini, anda silap besar.Tidak. Dia tidak akan berhenti kecualilah Allah mengehndakinya. Dia amat biasa dengan cara-cara sebegini dan kalau ada pun cara lain dia hanya ada satu cara lagi, iaitu meneruskannya.

6 Berhenti setelah amat biasa melakukannya, itulah satu-satu kesukaran buatnya. Apa dia peduli sama ada cara itu betul atau salah; bermoral atau tidak.Yang penting wujud dirinya. Asal dia wujud, dia akan melakukannya.

7 Yang penting dia harus menciptakan keriuhan dan kegemparan sebab diam akan menggganggu ketenteramannya. Tenang, diam dan sepi itu akan menghantui dirinya dan akhirnya itu akan membunuh jiwanya.

8 Jadi dia tidak akan membiarkan situasi menjadi diam dan tenang agak lama. Dia harus menciptakan keriuhan yang baru, sementara keriuhan sebelumnya masih belum pudar sepenuhnya.

9 Anwar akan menutup yang salah dengan membangunkan yang salah.Semua orang tahu itu termasuk anak saya yang berada di Tahun Lima. Dan tak mustahil kesalahan yang berikutnya lebih besar daripada kesalahan yang sebelumnya.

10 Saya tidak mahu mempertikaikan kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah. Selepas sesuatu itu dibawa ke mahkamah, biarkan mahkamah yang memutuskannya. Ini pendirian saya yang tidak boleh diganggu gugat sejak dahulu lagi.

11 Sebabnya mudah. Saya dididik di bawah sistem pendidikan yang pernah mengajar saya tentang kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan serta kesusilaan.Saya juga diajar tentang pemisahan bidang kuasa antara eksekutif, legislatif dan judiciary.Dan inilah juga perkara-perkara yang saya ajar kembali kepada murid-murid saya.

12 Sebab itu saya tidak pernah bergembira dengan cara-cara yang boleh memalukan seseorang termasuk Anwar atau Saiful atau sesiapa sahaja dalam proses keadilan sedang dilakukan ke atas diri mereka yang terlibat melalui sistem perundangan yang ada di negara ini.

13 Selagi seseorang itu tidak dibuktikan bersalah, dia tidak bersalah. Saya jelas tentang itu. Sesiapa pun patut faham tentang itu termasuk Anwar sendiri. Sebab itu Anwar tidak patut berbuat sesuatu yang boleh mengganggu proses mahkamah. Dalam tempoh keadilan cuba dilakukan ke atas dirinya dan diri Saiful, Anwar patut menonjolkan sikap "baik" dengan bersabar, tenang dan menunjukkan sikap jauh lebih matang daripada Saiful jika dia yakin yang dirinya berada di pihak yang betul.

14 Tetapi apa yang dibuat oleh Anwar selepas itu dan selain itu, itulah yang saya tidak dapat terima. Apa pun sebabnya, Anwar tidak boleh berbuat begitu jika dia seorang yang bertanggungjawab kepada negaranya.

15 Saya boleh memaafkan Anwar atas apa jua keterlanjurannya sebab dia dan saya manusia biasa, tetapi beliau adalah musuh saya dan negara jika apa yang dibuatnya boleh menjejaskan kedaulatan negara dan mengancam keselamatan negara ini.

16 Anwar tidak sepatutnya menyulitkan negara dan meletakkan negara dalam keadaan tergugat untuk melindungi dirinya atas suatu isu peribadi. Anwar tidak penting, yang penting ialah kestabilan negara ini dan 27 juta rakyat yang berada di dalamnya.

17 Siapakah Anwar berbanding 27 juta jiwa rakyat Malaysia yang lain hingga dia boleh berbuat begitu termasuk mengheret ahli-ahli parlimen Australia untuk menekan kerajaan bagi membela dirinya. Itu belum lagi jadi Perdana Menteri seperti yang dicita-citakannya. Bagaimana kalau dia menjadi Pertama Menteri?(nauzubillah).Apakah yang anda dapat bayangkan?

18 Tidak mustahil ramai orang luar yang punya pengaruh dari Amerika, Australia dan Britain akan dihangkutnya untuk membantu Malaysia sehingga kita tidak bebas lagi menentukan hala tuju negara kita sendiri.Apa pun masalah yang dihadapi oleh negara ini, tokoh-tokoh dari negara-negara itulah yang akan dijadikannya rujukan.

19 Ketika itu, apa yang pernah cuba dielakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan disambung oleh kepemimpinan sekarang akan berlaku. Di mana ketika itu kita akan saksikan bagaimana orang luar akan menentukan apa yang patut kita buat dan apa yang tidak patut kita buat untuk negara kita sendiri.

20 Ini bukan soal hubungan baik antara individu dua atau tiga atau lebih negara. Ini cara-cara yang keterlaluan, tidak bijaksana untuk jangka sederhana dan panjang yang perlu dielakkan oleh sesiapa sahaja yang bertanggungjawab ke atas negaranya.

21 Anda patut tahu batas-batas hubungan itu, tentang apa dan setakat mana yang perlu dibantu. Anda patut jelas tentang itu sebab jika tersilap langkah buruk padahnya kepada kebebasan dan kedaulatan negara Malaysia.

22 Saya tidak pernah mengajar anak-anak murid saya baik dalam subjek sejarah, moral, pendidikan sivik, kewarganegaraan dan pendidikan Islam tentang meminta bantuan asing untuk kepentingan peribadi.

23 Tetapi yang pernah saya ajar kepada anak murid saya ialah bagaimana negeri atau negara boleh jatuh ke tangan kuasa asing jika dendam kepada seseorang sampai membutakan mata hati kepada kebenaran.

24 Yang pernah saya ajar ialah bagaimana tindakan meminta campurtangan individu, syarikat, dan kuasa asing akan menyebabkan negeri atau negara kita hilang kedaulatan. Anda patut tahu bagaimana campur tangan British di negeri Perak, bagaimana kemasukan tentera Bugis ke Kedah dan betapa liciknya Francis Light ketika ingin menguasai Pulau Pinang.

sumber: gurubashid

Wednesday, February 17, 2010

Petua Mengenali Anwar Berbohong

Zahid Mat Arip bekas naib ketua pemuda Parti Keadilan Nasional akan mengajar kita semua bagai mana untuk mengenali bila anwar ibrahim berbohong.

Tuesday, February 16, 2010

Tindakan Zahrain Impak Besar Kepada PKR - Ezam

JASIN, 15 Feb - Tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi kesan besar kepada parti itu, kata bekas Ketua Angkatan Muda parti Mohamad Ezam Mohd Nor.
Ini kerana katanya, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang itu amat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.

"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Ceramah Perdana di sini, Ahad malam.

Zahrain, yang jugas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu pada Jumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mohamad Ezam juga percaya jejak langkah Zahrain akan diikuti oleh pemimpin lain dalam PKR.

sumber - bernama

Friday, February 12, 2010

DEMO & PENYERAHAN MEMODANDUM

DEMO AMAN & PENYERAHAN MEMORANDUM:

KHALID IBRAHIM NAK RAMPAS TANAH YBK SELANGOR.
BERTEMPAT DI MASJID SHAH ALAM, JAM 2 PETANG (SELEPAS SOLAT JUMAAT) KEMUDIAN BERARAK KE BANGUNAN SUK UNTUK PENYERAHAN MEMORANDUM.

ANJURAN:
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) & UMNO SELANGOR.

Monday, February 8, 2010

Apa dah jadi ' Sivaji The Boss'

Ingat lagi pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding ganti tempat isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Waktu itu muncul Sivaji The Boss Malaysia...yakni gelaran yang diberi oleh penyokong PKR kaum India kepada Penasihat PKR itu.

Sana sini poster dan sepanduk Sivaji The Boss dari watak Rajnikanth ,pelakon macho dan popular filem Tamil diusung.

Ini dikatakan untuk membakar semangat penyokong kaum India di negara ini yang ramai gilakan Rajnikanth.

Malah Anwar pernah berkata di satu ceramah yang dihadiri ramai orag India beliau adalah seperti ' Sivaji The Boss" yang memerangi apa yang didakwannya sistem korup negara ini.

Maka tidak hairanlah Anwar tampil dengan gaya Sivaji The Boss pada hari Selasa dan Rabu lalu bila perbicaraan kes liwatnya bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Apa dah jadi? Dengar cerita ramai juga yang bertanya kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak tampil lagi dengan cermin mata hitamnya yang bergaya pada Khamis dan Jumaat.

Ikut ceritanya ramai kalangan penyokongnya yang nampak tidak ngammm Anwar tampil macho begitu pada perbicaraan kes liwatnya.

Ia dibimbangi mencetuskan persepsi yang akan mengurangkan markahnya lagi dikacamata umum dengan penampilan begitu.

Betul ke empunya cerita itu?

Entah le... sekurang-kurangnya sudah dua hari beliau menanggalkan cermin mata hitamnya dan lebih menarik pada satu ketika kelihatan dipapah oleh peguamnya sewaktu turun tangga mahkamah..

Thursday, January 28, 2010

Lagi Laporan Polis dibuat Terhadap Khalid Samad


Hari ini 28/01/2010, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Parlimen pas Kawasan Shah Alam iaitu khalid samad, laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berikutan satu kenyataan beliau yang dipetik dari laman malaysiakini.com pada 21/01/2010 lepas, dalam laporan itu, khalid samad mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai menghina DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan kenyataan beliau juga boleh dilihat seolah-olah menghasut mereka-mereka yang bukan beragama Islam supaya tidak menghormati agama Islam sedagai agama rasmi persekutuan dan menghina umat Islam keseluruhannya.

Apa yang khalid samad katakan? sepeti yang dilaporkan dalam malaysiakini.com, khalid samad telah mengeluarkan kenyataan supaya "enakmen agama (Islam) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan agama Islam sudah ketinggalan zaman dan pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama bergitu lemah sehingga perlu di lindungi" ini kenyataan menghina DYMM Sultan Selangor selaku ketua agama Islam, menghina Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menghina Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Oleh itu kami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, memohon pihak berkuasa segera menjalankan siasatan keatas khalid samad dan sekiranya perlu segera diambil tindakan keatasnya, kerana kenyataan bodoh semacam ini boleh menggugat keharmonian rakyat, berpecah-belah dan boleh mewujudkan permusuhan dikalangan umat Islam dan bukan Islam.

Monday, January 25, 2010

Ghazali Shafie Meninggal Dunia.

Al-Fatihah


Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada Ahad malam.

Ghazali, 88, meninggal di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya kira-kira 7.45 malam, kata anak saudaranya Adam Azman.

Jenazah Ghazali kini ditempatkan di rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.

Menurut Adam, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama pada 8 pagi hari Isnin.

Jenazahnya akan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Negara sebelum solat Zohor sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Bagi mereka yang mengenali beliau termasuk para wartawan yang pernah menemuramah beliau, Muhammad Ghazali sentiasa mengharapkan agar mereka mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya pada beliau.

Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Allahyarham berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dikenali di peringkat antarabangsa ketika menjadi Menteri Luar selain berkhidmat dalam beberapa pertubuhan dan misi antarabangsa.

Muhammad Ghazali terselamat dalam suatu kemalangan kapal terbang di Kampung Janda Baik pada 10 Jan 1982 yang mengorbankan pengawal peribadi dan pembantu juruterbangnya - peristiwa yang mengejutkan negara pada masa itu.

Anak kelahiran Kuala Lipis pada 22 Mac 1922 ini mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Dari 1941 hingga 1946, beliau berkhidmat dalam beberapa pasukan pertahanan termasuk Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun.

Muhammad Ghazali yang pernah bekerja sebagai seorang kerani di Selangor dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India pada 1957 dan kemudian menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri pada 1959 dan menjadi menteri di kementerian yang sama dari Julai 1981 sehingga Julai 1984 sebelum meletakkan jawatan pada bulan yang sama.

Salah satu tugas penting yang dipegangnya dalam sejarah negara ialah menganggotai Suruhanjaya Cobbold mengenai pembentukan Malaysia.

Satu lagi sumbangan besar beliau kepada negara adalah berhubung pembentukan Rukun Negara, satu prinsip bagi mencetus dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini berikutan peristiwa hitam 13 Mei, 1969.

Perkhidmatannya dalam kabinet agak lama bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972.

Kira-kira 16 bulan kemudian beliau diberikan kepercayaan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar.

Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, allahyarham menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa.

Antaranya sebagai Pengerusi Paremba, Pengerusi Landmarks Holdings Bhd, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, dan juga Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, serta Pengerusi Intermega Energy NL, Australia.

Dalam bidang politik tanah air, beliau pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno, anggota Parlimen Kuala Lipis, Ketua Umno bahagian Kuala Lipis, anggota jawatankuasa veteran Umno, tetapi pernah tewas untuk jawatan naib presiden parti pada 1972 dan 1975.

Namun beliau memenangi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan 1981.

Sumbangannya juga agak besar dalam beberapa bidang tertentu termasuk menjadi ahli pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom.

Sumbangannya dalam bidang sukan juga amat besar melalui beberapa jawatan penting yang disandangnya termasuk Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dari 1962 hingga 1988, sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002.

Kepakarannya dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah serta dihormati dan ini dapat dilihat melalui jawatan-jawatan yang disandang termasuk Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin pada 1983, ahli Suruhanjaya Selatan dan juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai rombakan dan pengukuhan mekanisme Asean.

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatan bagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh.

Allahyarham pernah menjadi penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute.

Tuesday, January 19, 2010

CABAR TITAH TUANKU: 16 Laporan Polis Terhadap Khalid Samad


Semalam 18 januari 2010, saya turut bersama-sama 16 NGO dan Persatuan Belia dalam parlimen Shah Alam telah membuat laporan polis di Balai Polis IPD Shah Alam, laporan polis di buat berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa melayu yang melaporkan kenyataan Khalid Samad mencabar Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Majlis Agama Islam (MAIS) sertai politik pada 14 Januari lepas yang di keluarkan oleh beliau sewaktu dia berceramah di Subang Jaya.

Laporan Polis ini di buat kerana apa yang di katakan oleh beliau itu di lihat seolah-olah mencabar dan cuba mempertikaikan titah Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah. tindakan beliau untuk cuba mengheret institusi di bawah naungan baginda ke kancah politik sempit beliau dan lihat seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati baginda sebagai Pemerintah dan Ketua Agama di Selangor.

Sebagai rakyat negeri Selangor, saya meminta agar satu siasatan dapat dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakan kejadian ini berulang lagi.

berita selanjutnya di utusan online dan sinar harian

Saturday, January 16, 2010

Khalid sembah derhaka atau perlekeh Hasan Ali?


Apa sebenarnya motif Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terus mempertikai larangan penggunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islan seperti diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)?.

Dari satu sudut beliau seolah-olah mahu sembah derhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memberi perkenan kepada MAIS dan Majlis Fatwa negeri memutuskan larangan itu sebelum ini

Namun, dari sudut politik, apakah perbuatan Khalid yang juga Yang Di Pertua PAS Shah Alam hanya mahu melebarkan pertembungan beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali?

Macam-macam andaian boleh dibuat berdasarkan apa yang beliau lakukan kebelakangan ini tambahan pula kedua-dua mereka sedang menunggu hasil siasatan dan keputusan Lembaga disiplin PAS berhubung dakwaan salah laku masing-masing.

Pengerusi lembaga itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kelmarin berkata lembaga itu sudah selesai mendengar keterangan kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan minggu depan.

Dr Hasan yang berseteru dengan Khalid sudah dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti susulan aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak-tanduk yang boleh merugikan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Berbalik soal penggunaan Kalimah Allah, keceluparan Khalid mempertikai keputusan MAIS menerusi Majlis fatwa mengundang amarah Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang memberi amaran keras kepada Khalid.

Pemimpin PAS itu diminta berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan larangan pengunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islam di negeri itu.

Mohammed Khusrin menjelaskan, keputusan larangan penggunaan kalimah Allah itu telah diputuskan oleh MAIS serta majlis fatwa negeri pada tahun lalu dan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan mempertikaikan keputusan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menghina dan ingkar perintah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan majlis fatwa negeri.

Menurut beliau, jika didapati bersalah mengikut enakmen itu boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Khusrin menjelaskankan keputusan melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukannya soal politik tetapi ia melibatkan soal akidah dan kepentingan umat Islam.

Sebelum ini, Khalid turut membidas MAIS dan JAIS kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat teguran Khalid mengenai tindak tanduk kedua-dua pihak berkuasa agama itu merupakan satu lagi akses yang mahu mengeruhkan hubungannya dengan Dr Hasan, yang juga merupakan exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor.

Ibarat berpatah arang berkerat rotan, perang kedua-dua mereka dijangka berterusan bukan sahaja dalam, isu Kalimah Allah ini tetapi keputusan yang bakal diumumkan lembaga disiplin PAS.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum menurut Fasal 75 Perlembagaan PAS - sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian.

Sungguhpun begitu, pemimpin-pemimpin PAS berpendapat, kedua-dua mereka tidak mungkin dipecat atau digantung keahlian.

Sebaliknya mereka bakal diberikan amaran keras oleh lembaga disiplin.

Memecat dan mengantung keahlian mereka hanya membawa kesan buruk kepada parti dan akan menjadi minyak yang menyiran tubuh Khalid dan Dr Hasan yang sudah dipenuhi apa kemarahan.

Justeru itu, ada berpendapat kedua-dua mereka sedang mencaturkan permainan masing-masing sebelum ‘check mate’…

Barangkali Khalid memilih menggunakan isu Kalimah Allah ini kerana mahu menunjukkan beliau sehaluan dan senada dengan keputusan Pakatan Rakyat mengenai isu itu.

Mempertikai keputusan MAIS dan JAIS menunjukkan Khalid memenuhi kriteria pimpinan serta kesepakatan pakatan rakyat yang sebelum ini menjerut leher Dr Hasan.

Tuesday, January 12, 2010

Bakar Gereja bukan gerakan terancang.


Nampaknya orang-orang tidak dikenali yang gatal tangan mahu bikin kecoh terus beraksi.Sejak Jumaat hingga Ahad jumlahnya sudah tujuh gereja dikacau termasuk yang dibakar di Desa Melawati,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur.

Terbaru ialah dua kes di Taiping,satu di Miri dan satu di Melaka.

Di Miri ,Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, kira-kira 10km dari bandar itu, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata.

Kejadian di Taiping pula membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent yang dilempar dengan molotov cocktail pada jam 3.30 pagi.

Insiden di gereja itu hanya disedari penjaga gereja jam 7.30 pagi.

Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan mendapati dua kesan tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang telah pecah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Sementara di Durian Daun Melaka,ada orang yang membaling cat hitam ke dinding gereja di situ.

Menteri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bercakap dalam sidang akhbar di tapak ekspo Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat Rawang Ahad memberitahu semua kejadian di berbagai tempat itu bukanlah gerakan terancang oleh mana-mana pihak.

Beliau menilai ia cuma satu perbuatan berasingan dilakukan oleh pihak tertentu.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima secara total laporan media asing dan internet mengenai insiden membakar gereja kerana berita yang dilaporkan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Hishammuddin berkata terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembar-gemburkan kejadian itu seolah-olah keadaan di negara ini tidak terkawal.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan taklimat kepada para perwakilan kedutaan asing di negara ini bagi menerangkan kedudukan sebenar isu tersebut.

"Kita kena beri penjelasan kepada masyarakat luar negara kerana ada warga kita di luar sana yang mahu tahu perkembangan sebenar kerana isu ini sering digembar-gemburkan pihak-pihak tertentu, termasuklah apa yang diambil daripada internet.

"Saya bimbang gambaran yang diberikan itu tidak tepat. Jadi KDN telah memanggil wakil daripada kedutaan dan saya sendiri akan berjumpa dengan duta-duta untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Hishammuddin juga memberi ingatan kepada pihak yang cuba melibatkan Umno dan kerajaan dalam isu tersebut supaya menghentikan perbuatan itu, dan memikirkan sebaik-baiknya kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

"Tuduhan mengatakan UMNO sebenarnya di belakang semua kejadian ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita telah mempunyai maklumat-maklumat tertentu berhubung siapa yang terlibat," katanya

Wednesday, January 6, 2010

Tun Mahathir: Mahkamah Tak Boleh Selesai Isu Kalimah Allah.


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan.

Ini kerana undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan.

“Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,”katanya dalam tulisan terbarunya di laman blognya.

Menurut Dr Mahathir sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu beliau masih Perdana Menteri.

“Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang,”ujarnya .

Beliau memberi contoh sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

Dr Mahathir berkata sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah.

“Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

“ Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

“ Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

“ Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

“ Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

“ Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

Bekas Perdana Menteri itu berkata di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu.

“Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?” beliau bertanya.

Beliau harap pihak kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan.