Wednesday, May 19, 2010

Pemuda UMNO mahu tahu status Johan


Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam meminta kepimpinan parti memberi penjelasan berhubung status keahlian Ketua Pemuda UMNO Cawangan U10, Johan Md. Diah, yang sebelum ini menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mengetahui status Johan.

''Pemuda bahagian masih tidak pasti tentang status Johan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Shah Alam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam 4 Mei lalu membuat ketetapan untuk meminta kepimpinan parti memberi keputusan yang jelas berhubung kedudukan Johan dalam parti.

''Status Johan perlu diputuskan oleh kepimpinan parti kerana tindakan beliau bertanding atas tiket Bebas ternyata membelakangkan parti dan satu tindakan perlu diambil ke atasnya.

Menurutnya, walaupun Johan menarik diri daripada bertanding, tindakannya telah menjejaskan moral dan kredibiliti ahli UMNO yang sentiasa patuh kepada arahan parti.

No comments:

Post a Comment