Wednesday, September 1, 2010

UMNO Shah Alam Bantu Ibu Tunggal.


SHAH ALAM 27 Ogos - UMNO Bahagian Shah Alam semalam menyerahkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada seramai 60 orang ibu tunggal dan mereka yang mempunyai tanggungan ramai.

Sumbangan berupa barang keperluan, kuih dan duit raya itu disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Zulkarnain Md. Ruslan dan Ketua Pemuda Bahagian, Azhari Shaari yang digerakkan serentak dalam dua kumpulan.

Azhari memberitahu, amal jariah itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya tidak lama lagi.

"Secara langsung ia juga dapat mendekatkan UMNO dengan masyarakat seperti yang disarankan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa parti masih relevan dan sentiasa membela nasib rakyat," katanya di sini.

Beliau menambah, senarai penerima itu disediakan oleh cawangan-cawangan UMNO bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam program yang diadakan pada setiap tahun itu.

utusan online.

No comments:

Post a Comment