Monday, November 30, 2009

Najib Musykil Dengan 'Doa' Nik Aziz

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Perdana Menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

"Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya," kata beliau yang berada di Port of Spain untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir Ahad.

Menurut Perdana Menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

"Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas," kata Najib.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun hadapan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Nik Aziz Pertahankan Doa Melaknat Datuk Seri Najib


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa kononnya tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan mana-mana ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Thursday, November 26, 2009

Selangor Putus Hubungan Dengan BTN

Kerajaan campuran pakatan pembangkang Selangor hari Rabu memutuskan semua pegawai negeri dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu dilarang untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) kerana didakwa menjalankan indoktrinasi Barisan Nasional (BN) dan juga membangkitkan sentimen perkauman.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Exco di Shah Alam pagi ini.

Menurut beliau, exco Selangor membuat keputusan berkenaan setelah menjalankan kajian terhadap kursus yang dianjurkan oleh BTN dan mendapati ia seolah-olah hendak memecah belahkan penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Dengan keputusan itu, semua kakitangan jabatan kerajaan negeri, pegawai anak-anak syarikat kerajaan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh BTN selepas ini.

BTN adalah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat khususnya generasi muda.

Wednesday, November 25, 2009

Mahkamah Rayuan Terima Permohonan SPR Tangguhkan Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya, memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh SPR turut didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang tadi.

Tuesday, November 24, 2009

Ambil Ikhtibar Dari Peristiwa Kota Seputih.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh berikutan kegagalan wakil rakyatnya menghadiri sidang Dewan tanpa kebenaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kecewa dengan sikap wakil rakyat terbabit, berkata setiap daripada mereka yang terpilih itu, perlu bertanggungjawab menunaikan tugas masing-masing untuk menghadiri sidang DUN.

“Saya kecewa… saya tidak mahu membuat apa-apa andaian kerana dalam situasi genting sekarang, kita perlukan wakil rakyat di peringkat nasional dan DUN, mengambil berat kehadiran dalam dewan.

“Itu sebahagian tanggungjawab utama kerana kalau tidak, semua masalah yang dihadapi pengundi tidak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menyampaikan pernyataan negara sempena Sidang Kemuncak Jaminan Bekalan Makanan Dunia di sini, Selasa.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sebagai wakil rakyat, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sepenuh hati dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam sidang dewan bukan sahaja untuk memenuhi korum, beliau berkata: “Kalau kita malas dan tidak memberikan perhatian mengenai kehadiran, tidak bersuara dan tidak memberikan pandangan tentang isu masyarakat dan negara.

“Kita tidak dapat diberikan penghargaan oleh pengundi, kesannya esok kepada kita. Ini harus menjadi ikhtibar kepada semua wakil rakyat (BN),” katanya.

Beliau berkata Umno dan BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh sekiranya rayuan terhadap kekosongan kerusi berkenaan ditolak oleh mahkamah.

“Apa strategi yang disusun adalah untuk memastikan kita berjaya dan mengambilkira semua perkara dan atas dasar itu, kita yakin bersedia sepanjang masa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya.

– BERNAMA

Monday, November 16, 2009

Kearah Melingkupkan Ekonomi Selangor.

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu merupakan satu percaturan politik untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar akan membuat berberapa perkara untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwatnya. pendapat saya, bahawa pelantikan Anwar amatlah pelik kerana Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi sedangkan Anwar pula hanya mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Melayu.

Persoalannya sekarang mengapa Khalid perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonmi Selangor sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan pun tidak pula melantiknya Anwar, malah di negeri-negeri itu langsung tidak wujud jawatan seperti itu, mungkinkah wujud desakan ke atas Khalid untuk membuat pelantikan tersebut?

Berberapa pemimpin Umno negeri percaya bahawa perkara tersebut berlaku kerana Anwar memang terkenal dengan sifat licik dalam merangka percaturan politiknya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta

Menurut Khalid pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat PKR itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

Terdapat beberapa kemungkinan Anwar mahu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu, pertama kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu ingin membina platform politik yang lebih kukuh untuk Azmin Ali yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Modus operandi yang berlaku di Sabah adalah contoh terbaik. Apabila percaturan untuk Azmin gagal di Sabah, jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah diambil dari Khalid dan diberi kepada Azmin. Jawatan MB Selangor adalah satu platform yang amat baik untuk karier politik Azmin.

Pelantikan tersebut adalah langkah pertama yang dilakukan Anwar di Selangor sama seperti apa yang telah dibuat di terhadap bekas Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan.

Ini dilihat sebagai starategi baru Anwar, beliau dijangka akan melancar serangan terhadap Perdana Menteri sehingga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan pelantikan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri adalah satu strategi yang baik baginya.

Ekonomi Selangor boleh hancur dan sudah pasti ekonomi negara pun hancur. Apabila ini berlaku maka rakyat yang menderita dan mereka pasti akan memberontak.

Keadaan tersebut merupakan suasana yang amat bagus untuk Anwar mengambil alih kuasa dan usaha untuk terus menutup kes liwatnya.

Anwar sangat bimbang dengan ketidakstabilan kuasa politik di Selangor iaitu hubungan dua pemimpin PKR-PAS, iaitu Khalid dan Azmin serta isu ADUN yang keluar Pakatan

Oleh kerana itu, Anwar terpaksa mengambil alih beberapa peranan politik dari Khalid dan pelantikan Penasihat Ekonomi negeri itu hanya merupakan satu alasan di mata rakyat.

Anwar akan guna jawatan ini untuk kepentingan politik beliau sebab kita semua tahu cara dan taktik Anwar semasa beliau dalam Umno. kemungkinan selepas dilantik beliau akan membuat berberapa pengumuman untuk memberi ‘ole-ole’ kepada rakyat Selangor,”

Friday, November 13, 2009

Masihkah PAS Mahu Menegakkan Benang Yang Basah?



Isu berkaitan baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti masih terus berlarutan dengan pertentangan pendapat di kalangan ahlinya antara wujud atau tidak perkara sedemikian diamalkan.

Bukan itu sahaja, para pemimpin atasannya juga turut sama membuat penafian berhubung dengan perkara tersebut lantas menyatakan tiada amalan sedemikian dilakukan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa tidak pernah mengamalkan baiah dalam parti lantas beranggapan bahawa isu tersebut hanya digembar-gemburkan oleh kalangan yang dengki dengan perkembangan parti tersebut.

Tingkah beliau lagi, golongan yang dengki dengan PAS sengaja menimbulkan isu termasuklah baiah atas tujuan untuk menggugat kedudukan PAS.

Namun demikian, perli difahami bahawa pendedahan berkaitan hal baiah ini bukan ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang diluar PAS sebaliknya ia diperjelaskan sendiri oleh Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam, Khalid Samad.

Bukan setakat itu, ia juga turut diperkukuhkan dengan beberapa kenyataan lain yang menyokong pernyataan daripada Khalid bahawa amalan baiah tersebut sememangnya wujud dan menjadi amalan dalam PAS.

Malahan dikatakan bahawa ada isteri wakil rakyat PAS yang mengigil dan menangis mendengar perkahwinan mereka diperjudikan menerusi baiah.

Lantaran itu, apa lagi yang mahu dinafikan oleh para pemimpin atasan PAS apabila pekung sudah terbuka dan terserlah kesumbangan dalam pentadbiran mereka dalam melakukan sumpah taat setia.

Biarpun Nik Aziz, waima Presidennya Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Mustafa Ali bersungguh-sungguh membuat penafian berkaitan hal tersebut, namun nasi sudah menjadi bubur dan ternyata benang basah tidak mungkin dapat ditegakkan.

Wednesday, November 11, 2009

Tembelang PAS dah Pecah...


Lumrah alam bahawa kebenaran tetap akan terserlah dan keburukan yang selama ini dicanang-canangkan malahan ditundingkan kepada pihak lain ternyata tidak benar. Lihat sahaja bagaimana tingkah PAS apabila keburukan yang cuba diselindungkan selama ini semakin parah lantas, para pemimpin yang tidak berpuas hati bersuara sendiri.

Dalam hal ini, lihat sahaja bagaimana pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PAS. Umumnya selepas pemilihan peringkat pusat, pastinya perancangan yang lebih baik akan dibuat tetapi sebaliknya yang berlaku.

Malahan pendedahan demi pendedahan termasuklah sanggup menggunakan talak dengan mengadakan bai’ah jika keluar parti kerana kepentingan politik bukan sesuatu yang baru.

Lantaran itu, fikirkanlah kewarasan akal fikiran para pemimpin dalam pakatan pembangkang, sanggup mengenepikan permasalahan keluarga, rakyat dan kepentingan masyarakat demi kepentingan peribadi dan agenda politik masing-masing.

Sesungguhnya, kedangkalan pemikiran mereka yang terlalu taksub kepada parti hinggakan sanggup menggadaikan ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang terkeluar bukan sahaja dari landasan agama malah tidak dapat diterima akal waras dan perlakuan moral sekalipun.

Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Lihat sahaja bagaimana penguatkuasaan hukum hudud yang akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah, turut sama dibolehkan.

Sebelum ini PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu sensitif; hal berkaitan kandang babi dan menggunakan al-Quran dalam ceramah adalah antara yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

PAS dilihat semakin tidak terdaya untuk bertegas mempertahankan idea asal penubuhan mereka khususnya apabila bersekutu dengan DAP dan PKR.

Nada perjuangan pemimpin-pemimpin PAS semakin kendur apabila tersepit di antara dua pilihan; mempertahankan Islam dan gagal meraih undi atau melupakan Islam dan beroleh sokongan pengundi bukan Melayu.

PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP kaum lain dalam PKR.

Friday, November 6, 2009

Beri Salah, Tak Beri Salah

Pembangkang cuba mempolitikan isu pemberian wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai seperti diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Rabu.

Mereka bangun mencelah meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kenapa Kelantan diberikan wang ehsan bukannya royalti seperti dituntut kerajaan negeri itu sebelum ini.

Malah ahli parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayob yang mengemukakan soalan asal mengenainya turut bangun kerana tidak puashati dengan pengumuman Najib dengan alasan rakyat Kelantan berhak menuntut hak mereka melalui royalti bukannya minta sedekah dengan pemberian wang ehsan.


Perdana Menteri berkata, pemberian wang ehsan kepada Kelantan juga mengambil kira keperluan untuk terus membangun Kelantan dan juga meningkatkan kesejateraan rakyatnya selaras arus pembangunan perdana negara.

“Petronas memaklumkan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di luar pesisir pantai Kelantan di medan Bumi Selantan dalam Blok PM301,” katanya.

Beliau memberitahu, pemberian wang ehsan itu mengambil kira pengeluaran dan penjualan petroleum di tempat berkenaan dan peruntukan pertama wang ehsan bagi Kelantan dijangkakan pada tahun 2010.

Katanya, peruntukan itu akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam negeri Kelantan yang dilaksanaakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan kerajaan negeri Kelantan.

Thursday, November 5, 2009

Kerajaan Pusat akan beri wang ehsan kepada Kelantan

Keputusan Kerajaan Persekutuan yang akan memberi wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun hadapan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu memperlihatkan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Beliau mengumumkan khabar berita gembira buat rakyat Kelantan itu di Dewan Rakyat pada hari ini. sudah pasti ia mampu memberi lebih kesejahteraan dan kemakmuran buat rakyat negeri tersebut yang mana ia amat bertepatan dengan gagasan beliau, ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’

Walaupun di satu pihak menolak sebarang usaha perpaduan yang menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah negara dan bangsa tetapi dengan penuh rasa komited menunaikan tanggungjawab, pemberian wang ehsan itu memperlihatkan kesungguhan Perdana Menteri mendukungi gagasan beliau itu yang akan sentiasa memastikan rakyat di negara ini terus menikmati kemakmuran yang sewajarnya melangkaui sempadan kaum, agama dan politik.

Perkara utama yang menjadi agenda Perdana Menteri sebagaimana yang dikatakannya hanyalah demi kepentingan rakyat di mana peruntukan akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang akan dinikmati oleh rakyat secara terus.

Keputusan kerajaan persekutuan yang berbesar hati memberi wang ehsan kepada Kelantan dibuat setelah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

Perdana Menteri juga telah berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Sehubungan itu, ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan yang bukan mengamalkan sikap pilih kasih malahan Bajet 2010 yang dibentang pada hujung Oktober lalu ternyata memberikan banyak kelebihan dan memenuhi hasrat rakyat keseluruhannya.

Dan tidak mustahil juga selepas ini akan timbul lagi perkara-perkara yang bersikap prejudis terhadap kepimpinan negara dari pihak-pihak pembangkang yang sehingga kini masih ‘segan silu’ mengakui bahawa mereka tetap memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan dalam menjana kemakmuran negeri yang ditadbir oleh mereka.

Tuesday, November 3, 2009

Ada Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?


Ketika saya melayari berberapa laman blog politik tempatan, saya amat terkejut dengan satu artikel didalam blog ini Mahaguru58 , saya kurang pasti sama ada pemilik blog ini ahli PAS atau tidak, tetapi dalam satu tulisannya bertajuk Rahsia Kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti? telah menarik perhatian saya dan saya yakin sesiapa juga yang membaca cerita ini turut juga tertarik.

Apa yang menariknya dalam blog Mahaguru58 ini, adalah pendedahan beliau mengenai satu lafaz taklik yang dibuat oleh adun atau mp PAS, dalam lafaz taklik itu, mereka menceraikan isteri (mereka) jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Saya tidak mahu komen banyak tentang kenyataan itu, tetapi sekiranya betul dan sahih, maka pihak-pihak berwajib diminta menyiasat tentang perkara itu dan ianya mesti diperbetulkan untuk menjaga akidah dan kesucian agama islam, takan lah sampai lompat parti rumah tangga boleh bercerai berai.