Wednesday, August 1, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MERAIKAN JEMAAH HAJI



Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Jemaah Haji 2012 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam seperti berikut:

                            Tarikh      : 10hb Ogos 2012 (Jumaat)
                            Masa        : 5.45 petang
                            Tempat     : Surau Seksyen 2, 40150 Shah Alam, Selangor

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk membina hubungan silaturrahim yang erat dan pemuafakatan antara Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Ahli Jawatankuasa Surau dan Masyarakat setempat. Program ini juga dapat menanamkan semangat kepada pemuda supaya tidak lupa akan tanggungjawab kepada masyarakat terutama dalam mengimarahkan surau/masjid dalam mengharungi kesibukan kerja kerja seharian yang semakin lama semakin hebat cabaran dan dugaannya. Disamping itu majlis ini juga ingin memberi penghormatan kepada jemaah haji 2012 dengan sedikit sumbangan ikhlas.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar seluruh warga Shah Alam dapat bersama-sama kami bagi menyerikan lagi majlis tersebut seterusnya mencapai hasrat dan tujuan murni dari pihak kami.

Segala luangan masa, sokongan dan dokongan yang baik dari pihak warga Shah Alam amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

PEMUDA PEWARIS BANGSA

Wednesday, July 18, 2012

PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG SELANGOR

SHAH ALAM. Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di bandar I City Shah Alam mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan dari seluruh warga Selangor yang hadir malam tadi. Upacara ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Noh Omar dan pemberian sumbangan Jalur Gemilang kepada Ketua Jabatan Kerajaan dan badan badan NGO Negeri Selangor.


 Video Ucapan Ketua Pemuda Shah Alam Azhari Shaari

 Bersama Pemimpin Shah Alam

Datuk Seri Noh Omar


azhari shaari kibar jalur gemilang.MP4

Monday, July 9, 2012

BN SELANGOR AUTOSHOW SEMPENA JELAJAH JANJI DITEPATI

Sempena Jelajah Janji Ditepati di Bangi 7hb dan 8hb Julai lalu BN Selangor juga telah mengadakan BN SELANGOR AUTOSHOW CHALLENGE 2012 di Akademi LHDN di Bangi bersebelahan tapak Jelajah Janji Ditepati Bangi. Kami Pemuda Umno Bahagian Shah Alam yang terlibat secara langsung dalam program ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan pengunjung serta pihak yang terlibat kerana menjayakan program tersebut. 






Thursday, July 5, 2012

BANDAR BARU BANGI BAKAL BERGEGAR MINGGU INI

PROGRAM YANG PASTI MENGEGARKAN 

SELANGOR DAN AKAN MENJADI 

SEJARAH..!!..JGN LEPASKAN PELUANG

 TURUN BERAMAI-RAMAI !!!


Dijemput semua warga Negeri Selangor untuk memeriahkan majlis yang diadakan sempena Jelajah Janji Ditepati di Bangi