Monday, November 16, 2009

Kearah Melingkupkan Ekonomi Selangor.

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu merupakan satu percaturan politik untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar akan membuat berberapa perkara untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes liwatnya. pendapat saya, bahawa pelantikan Anwar amatlah pelik kerana Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi sedangkan Anwar pula hanya mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Melayu.

Persoalannya sekarang mengapa Khalid perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonmi Selangor sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan pun tidak pula melantiknya Anwar, malah di negeri-negeri itu langsung tidak wujud jawatan seperti itu, mungkinkah wujud desakan ke atas Khalid untuk membuat pelantikan tersebut?

Berberapa pemimpin Umno negeri percaya bahawa perkara tersebut berlaku kerana Anwar memang terkenal dengan sifat licik dalam merangka percaturan politiknya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta

Menurut Khalid pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat PKR itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

Terdapat beberapa kemungkinan Anwar mahu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri itu, pertama kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu ingin membina platform politik yang lebih kukuh untuk Azmin Ali yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Modus operandi yang berlaku di Sabah adalah contoh terbaik. Apabila percaturan untuk Azmin gagal di Sabah, jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah diambil dari Khalid dan diberi kepada Azmin. Jawatan MB Selangor adalah satu platform yang amat baik untuk karier politik Azmin.

Pelantikan tersebut adalah langkah pertama yang dilakukan Anwar di Selangor sama seperti apa yang telah dibuat di terhadap bekas Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan.

Ini dilihat sebagai starategi baru Anwar, beliau dijangka akan melancar serangan terhadap Perdana Menteri sehingga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan pelantikan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri adalah satu strategi yang baik baginya.

Ekonomi Selangor boleh hancur dan sudah pasti ekonomi negara pun hancur. Apabila ini berlaku maka rakyat yang menderita dan mereka pasti akan memberontak.

Keadaan tersebut merupakan suasana yang amat bagus untuk Anwar mengambil alih kuasa dan usaha untuk terus menutup kes liwatnya.

Anwar sangat bimbang dengan ketidakstabilan kuasa politik di Selangor iaitu hubungan dua pemimpin PKR-PAS, iaitu Khalid dan Azmin serta isu ADUN yang keluar Pakatan

Oleh kerana itu, Anwar terpaksa mengambil alih beberapa peranan politik dari Khalid dan pelantikan Penasihat Ekonomi negeri itu hanya merupakan satu alasan di mata rakyat.

Anwar akan guna jawatan ini untuk kepentingan politik beliau sebab kita semua tahu cara dan taktik Anwar semasa beliau dalam Umno. kemungkinan selepas dilantik beliau akan membuat berberapa pengumuman untuk memberi ‘ole-ole’ kepada rakyat Selangor,”

3 comments:

  1. Anwar mmg kaki pelingkup. Dulu nyaris-2 nak pelingkup Malaysia, skrg nak pelingkup Selangor... Peluang nak melingkup bertambah besar bila jd Penasihat Ekonomi Selangor...


    Anwar Isytihar Perang! Selanjutnya dalam blog aku:
    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. Tolong selamatkan SELANGOR dari dasar IMF yang akan diamalkan oleh DSAI ni.Tujuan dia tak lain nak lesapkan kekayaan Selangor kemudian buat pinjaman yang tidak munasabah.

    Bukan perkara yang susah sangat dia nak libatkan dengan badan kewangan dunia itu,apatah lagi bersekongkol dengan Amerika.

    Bangunlah rakyat SELANGOR,bidas pelantikan DSAI.

    ReplyDelete