Friday, November 13, 2009

Masihkah PAS Mahu Menegakkan Benang Yang Basah?



Isu berkaitan baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti masih terus berlarutan dengan pertentangan pendapat di kalangan ahlinya antara wujud atau tidak perkara sedemikian diamalkan.

Bukan itu sahaja, para pemimpin atasannya juga turut sama membuat penafian berhubung dengan perkara tersebut lantas menyatakan tiada amalan sedemikian dilakukan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengatakan bahawa tidak pernah mengamalkan baiah dalam parti lantas beranggapan bahawa isu tersebut hanya digembar-gemburkan oleh kalangan yang dengki dengan perkembangan parti tersebut.

Tingkah beliau lagi, golongan yang dengki dengan PAS sengaja menimbulkan isu termasuklah baiah atas tujuan untuk menggugat kedudukan PAS.

Namun demikian, perli difahami bahawa pendedahan berkaitan hal baiah ini bukan ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang diluar PAS sebaliknya ia diperjelaskan sendiri oleh Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam, Khalid Samad.

Bukan setakat itu, ia juga turut diperkukuhkan dengan beberapa kenyataan lain yang menyokong pernyataan daripada Khalid bahawa amalan baiah tersebut sememangnya wujud dan menjadi amalan dalam PAS.

Malahan dikatakan bahawa ada isteri wakil rakyat PAS yang mengigil dan menangis mendengar perkahwinan mereka diperjudikan menerusi baiah.

Lantaran itu, apa lagi yang mahu dinafikan oleh para pemimpin atasan PAS apabila pekung sudah terbuka dan terserlah kesumbangan dalam pentadbiran mereka dalam melakukan sumpah taat setia.

Biarpun Nik Aziz, waima Presidennya Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Mustafa Ali bersungguh-sungguh membuat penafian berkaitan hal tersebut, namun nasi sudah menjadi bubur dan ternyata benang basah tidak mungkin dapat ditegakkan.

1 comment:

  1. ba penafian nih mereka memang pakar..tetapi Allah Maha berkuasa...Insyaallah balasannya akan tiba

    ReplyDelete