Thursday, November 26, 2009

Selangor Putus Hubungan Dengan BTN

Kerajaan campuran pakatan pembangkang Selangor hari Rabu memutuskan semua pegawai negeri dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu dilarang untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) kerana didakwa menjalankan indoktrinasi Barisan Nasional (BN) dan juga membangkitkan sentimen perkauman.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Exco di Shah Alam pagi ini.

Menurut beliau, exco Selangor membuat keputusan berkenaan setelah menjalankan kajian terhadap kursus yang dianjurkan oleh BTN dan mendapati ia seolah-olah hendak memecah belahkan penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Dengan keputusan itu, semua kakitangan jabatan kerajaan negeri, pegawai anak-anak syarikat kerajaan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Inpens tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh BTN selepas ini.

BTN adalah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat khususnya generasi muda.

1 comment:

  1. nik aziz yang sesat lagi menyesatkan

    ReplyDelete