Wednesday, November 11, 2009

Tembelang PAS dah Pecah...


Lumrah alam bahawa kebenaran tetap akan terserlah dan keburukan yang selama ini dicanang-canangkan malahan ditundingkan kepada pihak lain ternyata tidak benar. Lihat sahaja bagaimana tingkah PAS apabila keburukan yang cuba diselindungkan selama ini semakin parah lantas, para pemimpin yang tidak berpuas hati bersuara sendiri.

Dalam hal ini, lihat sahaja bagaimana pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PAS. Umumnya selepas pemilihan peringkat pusat, pastinya perancangan yang lebih baik akan dibuat tetapi sebaliknya yang berlaku.

Malahan pendedahan demi pendedahan termasuklah sanggup menggunakan talak dengan mengadakan bai’ah jika keluar parti kerana kepentingan politik bukan sesuatu yang baru.

Lantaran itu, fikirkanlah kewarasan akal fikiran para pemimpin dalam pakatan pembangkang, sanggup mengenepikan permasalahan keluarga, rakyat dan kepentingan masyarakat demi kepentingan peribadi dan agenda politik masing-masing.

Sesungguhnya, kedangkalan pemikiran mereka yang terlalu taksub kepada parti hinggakan sanggup menggadaikan ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang terkeluar bukan sahaja dari landasan agama malah tidak dapat diterima akal waras dan perlakuan moral sekalipun.

Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Lihat sahaja bagaimana penguatkuasaan hukum hudud yang akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah, turut sama dibolehkan.

Sebelum ini PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu sensitif; hal berkaitan kandang babi dan menggunakan al-Quran dalam ceramah adalah antara yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

PAS dilihat semakin tidak terdaya untuk bertegas mempertahankan idea asal penubuhan mereka khususnya apabila bersekutu dengan DAP dan PKR.

Nada perjuangan pemimpin-pemimpin PAS semakin kendur apabila tersepit di antara dua pilihan; mempertahankan Islam dan gagal meraih undi atau melupakan Islam dan beroleh sokongan pengundi bukan Melayu.

PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP kaum lain dalam PKR.

1 comment:

  1. tapi sayang DAP,PKR,PAS tengah berkecamuk umno pula sibuk tubuh pasukan untuk barisan 2012

    ReplyDelete