Friday, November 6, 2009

Beri Salah, Tak Beri Salah

Pembangkang cuba mempolitikan isu pemberian wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai seperti diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Rabu.

Mereka bangun mencelah meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kenapa Kelantan diberikan wang ehsan bukannya royalti seperti dituntut kerajaan negeri itu sebelum ini.

Malah ahli parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayob yang mengemukakan soalan asal mengenainya turut bangun kerana tidak puashati dengan pengumuman Najib dengan alasan rakyat Kelantan berhak menuntut hak mereka melalui royalti bukannya minta sedekah dengan pemberian wang ehsan.


Perdana Menteri berkata, pemberian wang ehsan kepada Kelantan juga mengambil kira keperluan untuk terus membangun Kelantan dan juga meningkatkan kesejateraan rakyatnya selaras arus pembangunan perdana negara.

“Petronas memaklumkan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di luar pesisir pantai Kelantan di medan Bumi Selantan dalam Blok PM301,” katanya.

Beliau memberitahu, pemberian wang ehsan itu mengambil kira pengeluaran dan penjualan petroleum di tempat berkenaan dan peruntukan pertama wang ehsan bagi Kelantan dijangkakan pada tahun 2010.

Katanya, peruntukan itu akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam negeri Kelantan yang dilaksanaakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan kerajaan negeri Kelantan.

3 comments:

  1. bangang punya HAMPAS...

    ReplyDelete
  2. sudahlah...cakap banyak...kau yang kasi bikin selangor huru-hara, pecah tembelang...hero sangat g lah saun najib nafikan penglibatan kes altantuya...cakap pandailah...kena panggil ngan najib, ko dah terketaq...pirahhhhh..banyak2 muhasabah parti kau...takut nanti kena talqin sebelum pru 13...

    ReplyDelete
  3. lagi satu bagi tau ngan exco pemuda umno badan bagak besar tapi hati kecik...sape nama dia lokman pondan? dulu cakap legar2, sumpah sana sini ckp ezam seleweng duit pkr...skg apa sudah jadi ngan sumpah pondan tue...sudahlah, politik memang kotor...kalau pr kotor, umno lagi kotor umpama najis h1n1

    ReplyDelete