Sunday, June 3, 2012

SOAL JAWAB KETIKA TEMU RAMAH DI UFM (93.6)



Pada 21 Mei yang lepas, saya telah diundang dalam satu temu ramah di UFM (93.6) bersama Saudari Nurunnaiha Ramli, Ketua Unit Hal Ehwal Siswi Karisma UiTM Malaysia. Tajuk diskusi "Demonstrasi Jalanan: Alternatif Terakhir?".  Berikut ialah soal jawab saya dalam temu ramah tersebut.

Soalan 1:
Demonstrasi jalanan dijadikan sebagai alternatif yang kerap digunakan dewasa ini? Adalah cara ini yang terbaik untuk menyuarakan pendapat dalam konteks negara kita, Malaysia?

Ini bukan satu cara atau pilihan terbaik bagi seorang yg bertamadun sebagai rakyat Malaysia dan terus terang saya katakan ianya terkeluar dari norma-norma murni dan sifat budaya Malaysia yg mempunyai pekerti yg tinggi. Bagi saya di Malaysia pelbagai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat telah di adakan. Sebagai contoh Majlis Perwakilan Mahasiswa di Universiti, Majlis Perundingan Belia disetiap Parlimen, Negeri dan Kebangsaan dan sebagainya telah diwujudkan bagi pihak kerajaan BN mendengar permasalahan, idea, cadangan yang di lontarkan.

Walaupun sesetengah negara barat mengatakan demontrasi jalanan adalah satu cara "halal" dan dibenarkan atas nama hak asasi manusia, tetapi sebenarnya ianya adalah satu agenda sulit untuk menghalalkan cara yg salah bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan yang sah dipilih oleh majoriti rakyat dan sebagai contoh terdekat adalah negara-negara arab seperti di Libya, Mesir dan Syria. Persoalannya sekarang ini kenapa demonstrasi jalanan menjadi trend untuk mengulingkan kerajaan? Kenapa pihak minoriti mengenakan kepada golongan majoriti dengan demonstrasi sebegini.


Soalan 2:
Baru-baru ini demonstrasi “BERSIH 3.0” telah menghimpunkan rakyat untuk sama-sama turun berdemonstrasi secara aman di Dataran Merdeka. 8 permintaan telah diutarakan, antaranya :
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Masa kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Apakah rasionalnya mengadakan demonstrasi jalanan bagi tujuan menyuarakan permintaan tersebut?


Sebelum PRU12, pembangkang atau proksi mereka yang menganjurkan Himpunan Bersih adalah rakyat atau ahli politik pembangkang Malaysia yg cuba menafikan kelemahan dan kelompongan mereka semua kerana gagal mendapat tempat di kalangan majoriti rakyat Malaysia. Sedar dengan keadaan itu mereka mencipta "sesuatu perkara yg boleh mendapat perhatian rakyat". Objektif atau rasional sebenar Himpunan Bersih sebenarnya bukan 8 tuntutan yg mereka inginkan dan yang sebenarnya adalah mencipta persepsi bahawasanya UMNO dan kerajaan BN tidak adil dengan memanipulasi daftar pemilih, sistem pilihanraya dan sebagainya untuk terus berkuasa.
Jika kita kaji trend perhimpunan aman yang dianjurkan sebelum ini semuanya bertukar kepada keganasan dan menyalahi undang-undang. Kerajaan telah bertindak seadil-adilnya kepada semua pihak dengan memberi tempat yang lebih sesuai untuk berhimpun tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak penganjur. Perkara ini yg kita persoalkan kerana jika perhimpunan aman yang ingin diadakan tempat berhimpun tak perlu dipersoalkan kerana objektif adalah sama iaitu menyuarakan pandangan kepada pihak-pihak tertentu.

Jika sistem pilihanraya di Malaysia boleh dimanipulasi, PRU12 tak kan pihak pembangkang boleh  menguasi 98 kerusi Parlimen dan mentadbir 5 buah negeri? Oleh itu, apa sebenarnya motif perhimpunan aman ini jika bukan hanya sekadar mencuri perhatian pihak tertentu terutamanya dari luar negara.


Soalan 3:
“BERSIH 3.0 itu Kotor”, banyak keganasan yang berlaku dan kerosakan harta benda awam. Adakah itu yang menjadikan demonstrasi di atas jalan lebih berkesan?

Berkesan atau tidak, bukan pokoknya. Yang penting semua rakyat Malaysia terkena dengan kesan tempias dan kerosakkannya baik dari segi material dan persepsi. Persepsi negatif yang dicipta dan dimomok telah menjadikan masyarakat dunia akan beranggapan Malaysia bukan sebuah negara yang selamat dari segi perniagaan, pelancongan, sosial dan politiknya.

Banyak pihak atau rakyat yang bersikap diam diri berang dengan anasir sebegini kerana periuk nasi mereka tertutup dan kehidupan seharian terganggu. Adilkah kita kepada mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia yang berhak untuk hidup dengan dalam suasana aman dan kondusif. Kesan ini adalah ibarat "kerana nila setitik rosak susu sebelangga". Adakah orang yang bertanggungjawab dengan Perhimpunan Bersih ini sedia untuk memulihkan susu yang rosak didalam belangga itu.? Jawapannya sudah pasti TIDAK kerana tiada keiklhasan di dalam perjuangan mereka dan segelintir rakyat dijadikan alat bagi tujuan mereka.


Soalan 4:
Banyak penyekatan yang dilakukan oleh kerajaan untuk tidak membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mereka di tempat-tempat awam? Apa pendapat Sdr?

Betul ker? Adakah selama ini Kerajaan menyekat suara pandangan rakyat. Sebagai contoh, Adakah kita tidak dibenarkan melayari internet seperti di sesetengah negara. Bagi saya keinginan rakyat ingin menyuarakan pandangan di tempat-tempat awam perlu pertimbangkan sewajarnya kerana pihak kerajaan perlu bersikap adil bagi semua. Sebagai contoh jika ada rakyat yang ingin berbogel di tempat-tempat awam adakah kita perlu restui dan benarkan? Rakyat di Malaysia mengamalkan Konsep Monarki Atau Raja Perlembangaan yang telah membawa demokrasi yang unik di Malaysia, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipilih secara sah oleh rakyat untuk mewakili mereka. Ini adalah cara yang bertamadun dan terhormat untuk menyuarakan pandangan. Malah Rasullulah SAW pernah menegur sahabatnya untuk bermesyuawarah jika terdapat perbezaan pandangan dan pendapat kerana itu lah platform terbaik dan mulia untuk menyelesaikan masalah.

‎​Soalan 5:
Perancangan yang dilakukan oleh PEMUDA UMNO untuk membendung gejala kurang sihat terutamannya melibatkan golongan Gen-Y?

Sedia maklum, Golongan Gen Y adalah generasi pewaris selepas Wawasan 2020. Secara langsung mereka akan mewarisi legasi apa yang kita bina dan bangunkan. Pendekatan untuk membina modal insan dengan mempunyai jati diri yang kuat perlu diperhebatkan. Gejala kurang sihat yang berlaku di kalangan Gen Y bukan masalah Pemuda UMNO sahaja tetapi masalah bagi semua pihak.

Gen Y ibarat layang-layang yang terbang tinggi dan bebas tetapi masih dikawal talinya. Pendekatan secara holistik perlu dijelmakan untuk kita mengatasi masalah sosial yang dihadapi oleh mereka.
Walaubagaimanapun Pemuda UMNO akan sentiasa bersedia memainkan peranan untuk memberi input kepada pihak kerajaan bagaimana untuk membantu memperjuang dan memperkasa agenda Gen Y. Kita perjuangkan agar dasar-dasar kolot dan lapuk kerajaan yang ada sebelum ini diremajakan semula selaras dengan jiwa dan pemikiran Gen Y. Pemuda UMNO telah berjaya menubuhkan BN YOUTH LAB yg turun kebawah akar umbi untuk menerima input secara terus dan terus memperjuangkan pelbagai dasar yang diingini oleh Gen Y seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim Mikro Perniagaan di bawah PUNB dan sebagainya dan usaha ini tidak akan terhenti pada masa akan datang. Itu komitmen PEMUDA UMNO.


‎Soalan 6:
Nasihat kepada Gen Y?

Nasihat saya mudah dan jelas kepada Gen Y iaitu jangan mencari benda yang tidak pasti kunjungnya dan perlu pertahankan apa yang kita miliki sekarang. Jangan memperjudi dan korbankan keharmonian, perpaduan dan keluhuran yang kita kecapi selama ini. Percayalah, kerajaan BN faham dan mendengar apa kemahuan yang diingini oleh Gen Y, cuma kekadang perlaksanaan itu mengambil tempoh masa tertentu dan sesuai untuk dilaksanakan. Menjadi Gen Y bukannya satu pilihan tetapi satu kepastian bagi setiap rakyat Malaysia yang sudah pasti memerlukan pembelaan sewajarnya dan hanya Kerajaan BN yang mampu merealisasikan hasrat dan impian Gen Y insya allah....

No comments:

Post a Comment