Monday, June 4, 2012

PAS PERLU BUKTIKAN BUKAN 'PAK TURUT' DAP, PKR

Hakikat sebenarnya DAP telah menggantikan PAS. Selagi PAS gagal menjadi tunjang dalam Pakatan Rakyat (PR), usah bermimpi untuk menggantikan UMNO.

Pas perlu membuktikan ia memiliki suara di dalam pakatan pembangkang dan bukannya hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu-Islam.

Saya ingin mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di dalam pakatan pembangkang tidak tahu siapa parti utama, bukan seperti Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah tunjang utama di samping parti-parti komponen yang lain.

Konsep yang diamalkan oleh UMNO sebenarnya merupakan teladan kepada penstrukturan dalam pemerintahan Islam pertama ketika Rasulullah membuka negara Islam pertama iaitu Madinnah.

UMNO mempunyai strategi tertentu untuk terus kekal sebagai tunjang BN. Sebab itu perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam sangat penting bagi menjamin kelangsungan ini. Selagi orang Melayu dan Islam masih majoriti, selagi itulah UMNO kekal sebagi tunjang.

Kesepakatan ini telah diterima oleh semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat (PR), mereka tidak pernah sepakat dan sehaluan kecuali bersatu menghancurkan UMNO.

Pendapat saya, Pas hendaklah terlebih dahulu menjadi tunjang di dalam pakatan pembangkang sebelum bercita-cita menjadi parti tunggal membela orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pas ternyata berbeza dengan UMNO yang kini menjadi teras kepada BN kerana mereka sendiri gagal memiliki kerusi yang lebih berbanding komponen pakatan pembangkang yang lain.

Jadi, slogan mereka PAS ganti UMNO hanyalah retorik semata-mata dan syok sendiri.

No comments:

Post a Comment