Monday, December 14, 2009

Jangan titah Sultan Selangor ibarat curah air di daun keladi...



Maka berlaku pertembungan antara pemimpin dan pegawai hingga ada Pegawai Daerah merasakan mereka seolah-olah diperbudak-budakkan, seolah-olah mereka tidak tahu pentadbiran dan prosedur.

Untuk apa semua ini?

Adakah kerajaan pakatan rakyat di Selangor mahu menunjuk sikap ketelusan sehingga benar seperti titah Baginda Sultan bahawa berlaku perkara-perkara kecil yang dihebah dan diperbesarkan sehingga melampau batasan sekaligus mengelirukan rakyat?

Atau adakah dengan mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan BN bermaksud kerajaan pakatan rakyat sekarang lebih baik tanpa penyelewengan, rasuah, kronisme atau sebagainya?

Khalid patut mengambil ikhtibar daripada titah Sultan Selangor dengan mengutamakan agenda pembangunan daripada kepentingan dan retorik politik picisan mereka.

Janganlah banyak bercakap sahaja tetapi hingga mengabaikan perkara-perkara berfaedah kepada rakyat.

Seperti titah Baginda, rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah soal-soal politik.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Mencetuskan isu-isu bagi menutup kesalahan dan kelemahan pimpinan kerajaan sekarang hanya menyebabkan rakyat terus menanam kebencian terhadap pakatan rakyat.

Rakyat Selangor pastinya sudah muak dengan cara politik murahan pakatan rakyat ini kerana mereka bertindak seolah-olah mereka sahaja yang betul dan mereka sahaja berjasa kepada rakyat.

Hampir dua tahun memerintah Selangor, pakatan rakyat tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka yang terbaik kerana banyak perkara yang merobek dada rakyat apabila melihat parti yang mereka pilih ketika pilihan raya lalu gagal mengotakan banyak janji-janjinya.

Apa yang jelas, perbezaan politik hampiur menjurus kepada perpecahan rakyat malah institusi raja dan masjid turut dicemar oleh kumpulan tertentu bagi laba politik mereka.

Seruan Sultan Sharafuddin supaya hidup bersatu-padu, jangan berpecah dan tidak menjadikan perbezaan politik sebagai alasan untuk tidak saling hormat-menghormati serta sentiasa mengikut saluran yang betul yang berlandaskan undang-undang jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, perlu diterima ikhlas oleh Khalid dan pimpinannya..

Titah Baginda kali ini perlu diberi perhatian dan tidak patut dipandang mudah.

Janganlah titah Baginda menjadi seperti peribahasa mencurahkan air di daun keladi iaitu tidak mendatangkan kesan apa juga pun.

Baginda juga pastinya sudah cukup sabar melihat dan mendengar setiap perkembangan di negeri Selangor sebelum membuat teguran dan nasihat begini.

Andai Khalid dan pakatan rakyat engkar nasihat Baginda, maka bersedialah menerima pembalasan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

2 comments:

  1. PKR dan PAS Selangor bukan faham pun titah Sultan.

    Buat pekak je tu. Hati dah buta, minda dah tak berfungsi.

    ReplyDelete
  2. syabas sdra...

    kembalikan kuasa umno di shah alam!

    ReplyDelete