Wednesday, December 23, 2009

Sikap Angkuh Makan Diri


Mampukah pemimpin dalam pakatan campuran memenuhi janji-janji yang pernah dilafazkan oleh mereka sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 awal tahun lalu?

Pastinya jawapan bagi persoalan tersebut telahpun diketahui apabila satu demi satu kemelut dalam masyarakat negeri-negeri yang ditadbir mereka berterusan sedangkan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi payung bersikap sebaliknya.

Sudahlah wakil rakyat yang dilantik gagal melaksakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi hinggakan permasalahan penduduk tempatan terbiar begitu sahaja, sudahnya rakyat dihidangkan pula dengan kemelut politik dalaman sekutu pakatan campuran yang tak sudah-sudah.

Rakyat sudah dipamerkan dengan kepimpinan yang berfikiran cetek dan berakal dangkal; gagal menunaikan manifesto yang dicanangkan apatah lagi untuk menambahbaik yang ada sebaliknya, semakin parah pula jadinya.

Tentunya masyarakat masih ingat ketika mula-mula pakatan pembangkang mentadbir kerajaan negeri Selangor; bagaimana parti Pas sebelum berkuasa ingin menghapuskan kilang arak dan lesen rumah urut tetapi apabila berkuasa, bukan sahaja tidak ditunaikan malahan menyokong ladang ternakan babi yang mahu dibina berhampiran perkampungan Melayu yang dahulu turut diselarnya.

Kemudian, kepincangan pentadbiran kerajaan negeri terserlah dengan pendedahan penglibatan adik Penasihat PKR di dalam anak syarikat kerajaan negeri. Namun sejurus selepas pendedahan tersebut, adik ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah meletakkan jawatan di dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) secara serta merta.

Begitu juga, dengan kisah penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Ini belum lagi dengan tercalarnya perpaduan masyarakat apabila hal rumah ibadat, kuil dan azan masjid menjadi isu yang meleret-leret dan berpanjangan hinggakan hampir-hampir mencetuskan rusuhan.

Ini belum lagi diperkatakan berkaitan kepincangan pentadbiran di Pulau Pinang dan Kedah apabila masyarakat turut menyaksikan janji-janji yang ditabur lenyap begitu sahaja.

Sebagai contoh, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang kedua belas tahun 2008 bertarikh 21 Julai 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang berjanji dengan pelbagai usaha dan tindakan bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu dengan pelbagai usaha dan tindakan.

Tetapi, tidak sampai pun setahun, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa mereka gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu atas alasan sukar membuka akaun amanah kerana terlalu banyak prosedur.

Bukan itu sahaja, sehingga kini tiada apa-apa pembangunan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pakatan pembangkang melainkan, mencari kesalahan kerajaan terdahulu.

Lebih teruk lagi, isu kebejatan moral ADUN dan pemimpin atasannya ibarat mendapat ‘sokongan padu’ daripada rakan pakatan sehingga terpaksa menipu rakyat dengan menuduh semuanya konspirasi BN.

Lihat sahaja bagaimana keputusan mahkamah berkaitan pentadbiran Negeri Perak yang tidak berpihak kepada pakatan pembangkang, maka ia dijadikan sebagai satu bahan oleh mereka dengan ceramah-ceramah semasa, kononnya mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan.

Sehingga ke hari ini, hampir memasuki tahun kedua mereka mentadbir, berapa banyakkah janji-janji di dalam manifesto semasa pilihan raya umum ke-12 lalu ditunaikan?

Nilailah sendiri, bagaimana mungkin pakatan pembangkang mahu bercakap tentang agenda dan masa depan parti mereka sedangkan mereka sendiri tandus dan fakir dalam mensyukuri setiap nikmat yang ada.

Pastinya rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan lebih mengerti dan memahaminya…

1 comment:

  1. PR....telah memberi erti dan telah pun dgn tidak sengaja memberi tahu rakyat bahawa pakatan yg mereka bena akan berakhir dgn "PAKATAN ROBOH,PAKATAN ROSAK,PAKATAN RUNTUH,PAKATAN RANAP,PAKATAN RAPUH,PAKATA RACUN,PAKATAN RUSUH,PAKATAN RASUAH,PAKATAN REBAH,PAKATAN REPUT,PAKATAAN REJET,PAKATAN RAKUS,PAKATAN ROBEK,PAKATAN RENTONG,PAKATAN RAMBANG,PAKATAN REDUP....jelas disini telah menggambarkan kesepakatan serta kesepaduan mereka mencipta isi kandungan PR utk di hidangkan kpd rakyat bagi merasai keenakan serta kelazatan respi yg telah di adun dap,pas,pkr....pd mulanya rakyat memang ghairah utk menjamahnya...maklum sajalah respi baru!!! tapi apabila sudah mengecapnya di hujung lidah dan blum sampai puN ke anak tekak rakyat pun rasa loye dan mual dan memuntahkannya....alangkah malang nasib sesiapa yg telah terpedaya dan menjamah sajian tiada terdapat sijil halal ciptaan LKS,DSAI dan NAJIS...pastinya kpd rakyat yg dah sedar akan balek menikmati kelazatan respi yg tercipta sejak lebeh limpuluh tahun lalau yg menjanjikan penuh keenakan serta kelazata yg boleh dinikmati semua bangsa di malaysia ini,,,,btul juga kata pepatah 'beribu respi baru yg di cipta tapi respi air tangan ibu juga yg enak dan suci'....inilah hukum karma!!!...sherry said

    ReplyDelete