Thursday, September 17, 2009

Pembangkang Mula Manipulasi Lagi…


KUALA LUMPUR, 16 Sept – Tidak kiralah apa sahaja yang dilakukan oleh BN/UMNO, sama ada untuk keselesaan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat maka akan dimanipulasi oleh pihak pembangkang atas tujuan untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Begitu juga halnya dengan hal pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam yang telah dipergunakan sebagai bahan politik oleh pakatan pembangkang dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Apa yang pasti, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein yang mengumumkan pembebasan lima tahanan ISA yang ditahan dimanipulasi kononnya ia ada kaitan dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung Oktober nanti.

Tindakan negatif pakatan pembangkang terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan sememangnya bukanlah sesuatu yang baru malahan seringkali apa yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dimanipulasi atas kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.

Bukan sahaja memutar belitkan fakta yang sedia ada malah,ayat-ayat propaganda yang bombastik digunakan bagi menyedapkan cerita agar rakyat terpengaruh dengan dakyah mereka untuk membenci Kerajaan.

Sememangnya ini bukanlah kali pertama berlaku malah dalam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan tetap dipropagandakan oleh oleh pembangkang sebagai kunci utama mereka termasuklah menimbulkan aib, fitnah dan caci maki kepada Kerajaan walhal mereka sendiri turut mendapat tempias hasil daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Nilailah sendiri, bagaimana mungkin pakatan pembangkang mahu bercakap tentang agenda dan masa depan parti mereka sedangkan mereka sendiri tandus dan fakir dalam mensyukuri setiap nikmat yang ada.

Jikalau mereka mahu bercakap tentang pembangunan dan kemajuan dalam parti mereka, bagaimana mungkin ia akan dilakukan sedangkan pakatan pembangkang tidak pernah menyumbang kepada apa-apa kemajuan sama ada di negeri lain apatah lagi di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka sendiri.

Begitu juga sekiranya mereka mahu bercakap tentang perpaduan, tidak ada satu bukti pun yang mereka benar-benar mengamalkan perpaduan sedangkan sikap mereka sendiri saling bermuka-muka biarpun sesama khalayak mereka sendiri, depan cakap lain dan di belakang tersedia belati tajam untuk saling bertikam.

Apatah lagi idealogi antara tiga parti bersekutu iaitu PAS, DAP dan PKR sendiri jauh menyimpang daripada apa yang menjadi realiti, dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Apa yang jelas, janji-janji yang mereka taburkan selama ini hanyalah palsu belaka, termasuklah berkerajaan sendiri, menjadi Perdana Menteri, kerajaan bayangan dan pelbagai janji manis yang nyata tidak akan menjadi realiti.

Lantaran itulah, modal paling mudah bagi pakatan pembangkang adalah dengan mencari keburukan dan memanipulasikan fakta-fakta sebenar demi kepentingan politik mereka.

4 comments:

  1. sial punya pembangkang...
    UMNO jangan tido lagi... buat kerja sikit

    ReplyDelete
  2. Salam:

    Saya bagi pihak staf Tingkat 8 mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

    Kami mendoakan semoga perjuangan sdr dan teman-teman yang lain diberkati serta sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa.Amin

    ReplyDelete
  3. AKU KENAL KOO ,NAK KATA NAK PERJUANGKAN ISLAM,MASJID SOLAT JEMAAH,LIMA WAKTU GENG KEPAL LEMBU KOO TAK PERNAH PERGI POODAH

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya secara peribadi, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf zahir batin.

    Terima kasih sbb sudi singgah ke blog saya, sedangkan saya kini agak pasif menulis blog. Bukan sbb tiada idea, tetapi... terlalu banyak isu sampai tak tertulis.

    Apa yang penting??? Kerjasama!!!

    Hidup UMNO!!! Hidup MELAYU!!!

    Nazz (umnokapar.blogspot.com)

    ReplyDelete