Wednesday, May 11, 2011

Pilihan Raya Ketua Kampung RM90 Juta, Satu Pembaziran Wang Rakyat

Tindakan kerajaan Selangor yang sanggup membelanjakan hampir kira-kira RM 90 juta hanya untuk mengadakan pemilihan ketua kampung di seluruh negeri itu adalah suatu pembaziran wang rakyat.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menyifatkan apa yang dilakukan itu adalah bukti jelas pembaziran yang dilakukan dalam mengurus tadbir perbelanjaan negeri Selangor.

“Apa yang dilakukan itu adalah suatu pembaziran, kita tidak memerlukan belanja besar hanya sekadar untuk memilih ketua kampung, adalah lebih baik wang yang sebegitu banyak digunakan untuk rakyat.

“Banyak perkara lain yang boleh dilaksanakan dengan jumlah wang sebanyak itu, mereka sepatutnya tumpukan perhatian kepada kerja-kerja pembangunan untuk keselesaan rakyat bukannya menyalah guna wang rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Selangor, Ean Yin Hian yang menyatakan kerajaan negeri bercadang mengadakan pilihan raya untuk memilih ketua kampong dengan kos yang dianggarkan mencecah kira-kira RM 90 juta.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan negeri tidak pandai dalam tadbir urus perbelanjaan kewangan negeri sehingga sanggup membelanjakan wang dengan jumlah yang besar sedangkan apa yang dilakukan tidak banyak member manfaat kepada rakyat.

Masalah salah tadbir kewangan sering berlaku di Selangor sejak negeri itu diperintah oleh pembangkang, sebelum ini kerajaan negeri melakukan kesalahan serupa apabila Yayasan Selangor memperuntukkan jumlah yang besar untuk majlis sambutan ulang tahun Sultan Selangor.

Kejadian itu telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor kerana menganggap sebagai satu pembazairan, berikutan itu majlis berkenaan dibatalkan.

Mohd Zin berkata, kerajaan negeri sepatutnya membuat perancangan yang betul dan tidak menyalah guna wang rakyat, masih banyak perkara yang masih tidak ditunaikan oleh pembangkang sejak mentadbir Selangor.

“Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu, tidak timbul masalah untuk memilih ketua kampung, pemilihan yang dibuat tidak mengeluarkan kos dan dan rakyat menerima siapa sahaja yang dipilih untuk menjadi ketua kampung,” katanya.

Menurutnya, selain itu pembaziran pemilihan ketua kampung yang dicadangkan akan menimbulkan banyak masalah kepada rakyat yang mungkin boleh menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan penduduk terbabit. -MediaUMNO

2 comments:

  1. Hello tuan, saya telah dikaitkan web yang bagus anda, supaya anda boleh link blog saya?Saya berharap anda tidak keberatan ...
    ini adalah blog saya
    http://webmarhaen.blogspot.com/
    http://jomsumpit.blogspot.com/

    nasib baik

    ReplyDelete
  2. hallo mat zin ..ne kawan duduk kat lot 4504 jalan uganda...anda tak membazir ka...cita lama orang lama aje tahu....

    ReplyDelete