Wednesday, May 11, 2011

BN Selar Tindakan Zalim Kerajaan Selangor Rampas Tanah Rakyat



Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan hari ini kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian penduduk.

“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.

“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.


Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang.

“Adakah ini cara kerajaan negeri mentadbir, air mata rakyat ini mereka tidak kira langsung. Mereka boleh bazirkan RM600 ribu untuk mereka buat papan iklan mansuhkan ISA. Untuk apa iklan tersebut, tanah runtuh mereka tak boleh perbaiki, jalan mereka tak boleh betulkan, jalan di Selangor berlubang dan kini tanah rakyat mereka nak rampas.

“Saya tak faham, mereka sampai hati buat begini pada rakyat Selangor. Bolehkah Tan Sri Khalid Ibrahim tidur lena, sedangkan tangisan ibu ini dan penduduk di sini, tak boleh tidur lena,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan bersama penduduk kampung, di mana beliau dan ADUN Kuala Kubu Bharu sendiri sedia berbincang untuk mencari satu penyelesaian yang munasabah.

“Penduduk hanya mahukan kehidupan yang aman damai, bukannya meminta yang bukan-bukan dari kerajaan negeri, mereka hanya mahu menduduki penempatan dan mengusahakan tanah yang mereka usahakan sekian lama.

“Tapi saya memang nampaklah bahawa kerajaan negeri ini hanya mahukan duit. Mereka hanya tahu macammana nak dapatkan duit, kalau dapat jual pasir, mereka jual pasir, kalau mereka dapat jual tanah, mereka jual tanah. Mereka akan pinggirkan rakyat, mereka akan kayakan diri mereka.

“Saya merayu kepada penguatkuasa yang datang hari ini agar jangan buat apa-apa tindakan, kita bincang dulu, kita cari jalan penyelesaian yang lebih baik untuk semua pihak. Kalau kerajaan negeri pentingkan kebajikan rakyat, jangan ambil tindakan terburu-buru, jangan masukkan pasir ke dalam periuk nasi orang. Nak jual pasir boleh, tapi jangan masukkan pasir ke dalam periuk nasi orang”, ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment