Thursday, January 28, 2010

Lagi Laporan Polis dibuat Terhadap Khalid Samad


Hari ini 28/01/2010, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam telah membuat satu laporan polis terhadap Ahli Parlimen pas Kawasan Shah Alam iaitu khalid samad, laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berikutan satu kenyataan beliau yang dipetik dari laman malaysiakini.com pada 21/01/2010 lepas, dalam laporan itu, khalid samad mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai menghina DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dan kenyataan beliau juga boleh dilihat seolah-olah menghasut mereka-mereka yang bukan beragama Islam supaya tidak menghormati agama Islam sedagai agama rasmi persekutuan dan menghina umat Islam keseluruhannya.

Apa yang khalid samad katakan? sepeti yang dilaporkan dalam malaysiakini.com, khalid samad telah mengeluarkan kenyataan supaya "enakmen agama (Islam) yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dan perkataan-perkataan lain berkaitan agama Islam sudah ketinggalan zaman dan pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama bergitu lemah sehingga perlu di lindungi" ini kenyataan menghina DYMM Sultan Selangor selaku ketua agama Islam, menghina Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan menghina Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Oleh itu kami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, memohon pihak berkuasa segera menjalankan siasatan keatas khalid samad dan sekiranya perlu segera diambil tindakan keatasnya, kerana kenyataan bodoh semacam ini boleh menggugat keharmonian rakyat, berpecah-belah dan boleh mewujudkan permusuhan dikalangan umat Islam dan bukan Islam.

Monday, January 25, 2010

Ghazali Shafie Meninggal Dunia.

Al-Fatihah


Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada Ahad malam.

Ghazali, 88, meninggal di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya kira-kira 7.45 malam, kata anak saudaranya Adam Azman.

Jenazah Ghazali kini ditempatkan di rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.

Menurut Adam, jenazah Allahyarham akan dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama pada 8 pagi hari Isnin.

Jenazahnya akan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Negara sebelum solat Zohor sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Bagi mereka yang mengenali beliau termasuk para wartawan yang pernah menemuramah beliau, Muhammad Ghazali sentiasa mengharapkan agar mereka mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sesuatu isu atau perkara yang ingin ditanya pada beliau.

Ini menyebabkan ramai wartawan cukup berhati-hati apabila berdepan dengan beliau ketika membuat liputan.

Allahyarham berkhidmat di bawah empat perdana menteri bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehingga era Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dikenali di peringkat antarabangsa ketika menjadi Menteri Luar selain berkhidmat dalam beberapa pertubuhan dan misi antarabangsa.

Muhammad Ghazali terselamat dalam suatu kemalangan kapal terbang di Kampung Janda Baik pada 10 Jan 1982 yang mengorbankan pengawal peribadi dan pembantu juruterbangnya - peristiwa yang mengejutkan negara pada masa itu.

Anak kelahiran Kuala Lipis pada 22 Mac 1922 ini mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Dari 1941 hingga 1946, beliau berkhidmat dalam beberapa pasukan pertahanan termasuk Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun.

Muhammad Ghazali yang pernah bekerja sebagai seorang kerani di Selangor dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India pada 1957 dan kemudian menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri pada 1959 dan menjadi menteri di kementerian yang sama dari Julai 1981 sehingga Julai 1984 sebelum meletakkan jawatan pada bulan yang sama.

Salah satu tugas penting yang dipegangnya dalam sejarah negara ialah menganggotai Suruhanjaya Cobbold mengenai pembentukan Malaysia.

Satu lagi sumbangan besar beliau kepada negara adalah berhubung pembentukan Rukun Negara, satu prinsip bagi mencetus dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini berikutan peristiwa hitam 13 Mei, 1969.

Perkhidmatannya dalam kabinet agak lama bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972.

Kira-kira 16 bulan kemudian beliau diberikan kepercayaan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar.

Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, allahyarham menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa.

Antaranya sebagai Pengerusi Paremba, Pengerusi Landmarks Holdings Bhd, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, dan juga Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, serta Pengerusi Intermega Energy NL, Australia.

Dalam bidang politik tanah air, beliau pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno, anggota Parlimen Kuala Lipis, Ketua Umno bahagian Kuala Lipis, anggota jawatankuasa veteran Umno, tetapi pernah tewas untuk jawatan naib presiden parti pada 1972 dan 1975.

Namun beliau memenangi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan 1981.

Sumbangannya juga agak besar dalam beberapa bidang tertentu termasuk menjadi ahli pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom.

Sumbangannya dalam bidang sukan juga amat besar melalui beberapa jawatan penting yang disandangnya termasuk Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dari 1962 hingga 1988, sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002.

Kepakarannya dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah serta dihormati dan ini dapat dilihat melalui jawatan-jawatan yang disandang termasuk Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin pada 1983, ahli Suruhanjaya Selatan dan juga pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat cadangan mengenai rombakan dan pengukuhan mekanisme Asean.

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatan bagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh.

Allahyarham pernah menjadi penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute.

Tuesday, January 19, 2010

CABAR TITAH TUANKU: 16 Laporan Polis Terhadap Khalid Samad


Semalam 18 januari 2010, saya turut bersama-sama 16 NGO dan Persatuan Belia dalam parlimen Shah Alam telah membuat laporan polis di Balai Polis IPD Shah Alam, laporan polis di buat berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa melayu yang melaporkan kenyataan Khalid Samad mencabar Jabatan Agama Islam (JAIS) dan Majlis Agama Islam (MAIS) sertai politik pada 14 Januari lepas yang di keluarkan oleh beliau sewaktu dia berceramah di Subang Jaya.

Laporan Polis ini di buat kerana apa yang di katakan oleh beliau itu di lihat seolah-olah mencabar dan cuba mempertikaikan titah Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sarafuddin Idris Shah. tindakan beliau untuk cuba mengheret institusi di bawah naungan baginda ke kancah politik sempit beliau dan lihat seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati baginda sebagai Pemerintah dan Ketua Agama di Selangor.

Sebagai rakyat negeri Selangor, saya meminta agar satu siasatan dapat dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakan kejadian ini berulang lagi.

berita selanjutnya di utusan online dan sinar harian

Saturday, January 16, 2010

Khalid sembah derhaka atau perlekeh Hasan Ali?


Apa sebenarnya motif Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terus mempertikai larangan penggunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islan seperti diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)?.

Dari satu sudut beliau seolah-olah mahu sembah derhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memberi perkenan kepada MAIS dan Majlis Fatwa negeri memutuskan larangan itu sebelum ini

Namun, dari sudut politik, apakah perbuatan Khalid yang juga Yang Di Pertua PAS Shah Alam hanya mahu melebarkan pertembungan beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali?

Macam-macam andaian boleh dibuat berdasarkan apa yang beliau lakukan kebelakangan ini tambahan pula kedua-dua mereka sedang menunggu hasil siasatan dan keputusan Lembaga disiplin PAS berhubung dakwaan salah laku masing-masing.

Pengerusi lembaga itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kelmarin berkata lembaga itu sudah selesai mendengar keterangan kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan minggu depan.

Dr Hasan yang berseteru dengan Khalid sudah dipanggil oleh jawatankuasa disiplin parti susulan aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak-tanduk yang boleh merugikan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Berbalik soal penggunaan Kalimah Allah, keceluparan Khalid mempertikai keputusan MAIS menerusi Majlis fatwa mengundang amarah Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang memberi amaran keras kepada Khalid.

Pemimpin PAS itu diminta berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan larangan pengunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islam di negeri itu.

Mohammed Khusrin menjelaskan, keputusan larangan penggunaan kalimah Allah itu telah diputuskan oleh MAIS serta majlis fatwa negeri pada tahun lalu dan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan mempertikaikan keputusan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menghina dan ingkar perintah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan majlis fatwa negeri.

Menurut beliau, jika didapati bersalah mengikut enakmen itu boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Khusrin menjelaskankan keputusan melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukannya soal politik tetapi ia melibatkan soal akidah dan kepentingan umat Islam.

Sebelum ini, Khalid turut membidas MAIS dan JAIS kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat teguran Khalid mengenai tindak tanduk kedua-dua pihak berkuasa agama itu merupakan satu lagi akses yang mahu mengeruhkan hubungannya dengan Dr Hasan, yang juga merupakan exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor.

Ibarat berpatah arang berkerat rotan, perang kedua-dua mereka dijangka berterusan bukan sahaja dalam, isu Kalimah Allah ini tetapi keputusan yang bakal diumumkan lembaga disiplin PAS.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum menurut Fasal 75 Perlembagaan PAS - sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian.

Sungguhpun begitu, pemimpin-pemimpin PAS berpendapat, kedua-dua mereka tidak mungkin dipecat atau digantung keahlian.

Sebaliknya mereka bakal diberikan amaran keras oleh lembaga disiplin.

Memecat dan mengantung keahlian mereka hanya membawa kesan buruk kepada parti dan akan menjadi minyak yang menyiran tubuh Khalid dan Dr Hasan yang sudah dipenuhi apa kemarahan.

Justeru itu, ada berpendapat kedua-dua mereka sedang mencaturkan permainan masing-masing sebelum ‘check mate’…

Barangkali Khalid memilih menggunakan isu Kalimah Allah ini kerana mahu menunjukkan beliau sehaluan dan senada dengan keputusan Pakatan Rakyat mengenai isu itu.

Mempertikai keputusan MAIS dan JAIS menunjukkan Khalid memenuhi kriteria pimpinan serta kesepakatan pakatan rakyat yang sebelum ini menjerut leher Dr Hasan.

Tuesday, January 12, 2010

Bakar Gereja bukan gerakan terancang.


Nampaknya orang-orang tidak dikenali yang gatal tangan mahu bikin kecoh terus beraksi.Sejak Jumaat hingga Ahad jumlahnya sudah tujuh gereja dikacau termasuk yang dibakar di Desa Melawati,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur.

Terbaru ialah dua kes di Taiping,satu di Miri dan satu di Melaka.

Di Miri ,Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, kira-kira 10km dari bandar itu, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata.

Kejadian di Taiping pula membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent yang dilempar dengan molotov cocktail pada jam 3.30 pagi.

Insiden di gereja itu hanya disedari penjaga gereja jam 7.30 pagi.

Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan mendapati dua kesan tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang telah pecah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Sementara di Durian Daun Melaka,ada orang yang membaling cat hitam ke dinding gereja di situ.

Menteri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bercakap dalam sidang akhbar di tapak ekspo Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat Rawang Ahad memberitahu semua kejadian di berbagai tempat itu bukanlah gerakan terancang oleh mana-mana pihak.

Beliau menilai ia cuma satu perbuatan berasingan dilakukan oleh pihak tertentu.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima secara total laporan media asing dan internet mengenai insiden membakar gereja kerana berita yang dilaporkan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Hishammuddin berkata terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembar-gemburkan kejadian itu seolah-olah keadaan di negara ini tidak terkawal.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan taklimat kepada para perwakilan kedutaan asing di negara ini bagi menerangkan kedudukan sebenar isu tersebut.

"Kita kena beri penjelasan kepada masyarakat luar negara kerana ada warga kita di luar sana yang mahu tahu perkembangan sebenar kerana isu ini sering digembar-gemburkan pihak-pihak tertentu, termasuklah apa yang diambil daripada internet.

"Saya bimbang gambaran yang diberikan itu tidak tepat. Jadi KDN telah memanggil wakil daripada kedutaan dan saya sendiri akan berjumpa dengan duta-duta untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Hishammuddin juga memberi ingatan kepada pihak yang cuba melibatkan Umno dan kerajaan dalam isu tersebut supaya menghentikan perbuatan itu, dan memikirkan sebaik-baiknya kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

"Tuduhan mengatakan UMNO sebenarnya di belakang semua kejadian ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita telah mempunyai maklumat-maklumat tertentu berhubung siapa yang terlibat," katanya

Wednesday, January 6, 2010

Tun Mahathir: Mahkamah Tak Boleh Selesai Isu Kalimah Allah.


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan.

Ini kerana undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan.

“Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,”katanya dalam tulisan terbarunya di laman blognya.

Menurut Dr Mahathir sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu beliau masih Perdana Menteri.

“Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang,”ujarnya .

Beliau memberi contoh sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

Dr Mahathir berkata sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah.

“Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

“ Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

“ Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

“ Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

“ Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

“ Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

Bekas Perdana Menteri itu berkata di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu.

“Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?” beliau bertanya.

Beliau harap pihak kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan.