Thursday, June 28, 2012

JOM SANTAI FINAL EURO 2012

JEMPUTAN BUAT SEMUA KE JOM SANTAI FINAL EURO 2012


Sempena Perlawanan Akhir EURO 2012 Biro Belia dan Sukan UBSA akan mengadakan majlis santai sambil menonton perlawanan bolasepak. Majlis akan diadakan di Pusat Sukan Triways di Padang Jawa pada 1 Julai 2012. Oleh yang demikian kami dari Pemuda Umno Bahagian Shah Alam menjemput semua untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Wednesday, June 20, 2012

MAJLIS SANTAI KJ BERSAMA MAHASISWA

TERIMA KASIH KEPADA YB KHAIRY JAMALUDDIN KERANA HADIR DI MAJLIS SANTAI BERSAMA MAHASISWA YANG DIANJURKAN OLEH MAHASIWA UITM BERTEMPAT DI RESTORAN KHULAFA BISTRO PADA 18 JUN 2012. 

Diharap pertemuan beliau dengan mahasiswa dapat menjalinkan hubungan baik dan segala persoalan dan perbincangan yang dilakukan dapat memberikan kesan yang positif kepada semua mahasiswa. Kami dari Pergerakan Pemuda Bahagian Shah Alam menyambut baik usaha mahasiswa dalam membentuk hubungan yang lebih sihat.

Admin.

                                                                Bersama Mahasiswa

Kehadiran YB Khairy Jamaluddin 

Sesi Penerangan 

Sesi Soal Jawab bersama Mahasiswa

Antara Pengunjung Yang Hadir

Beramah Mesra dengan pengunjung restoran 

Monday, June 18, 2012

TERIMA KASIH BUAT SEMUA


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN 

SHAH ALAM BN YOUTH AUTOSHOW 2012







Tuesday, June 12, 2012

JEMPUTAN KHAS BUAT SEMUA


                                                             






                                                                            Assalamualaikum..
Salam 1 MALAYSIA..

Saya dengan rasa teruja menjemput seluruh warga Shah Alam , warga Selangor dan seluruh Rakyat Malaysia yang berkesempatan untuk hadir beramai ramai memeriahkan program


"SHAH ALAM BN YOUTH AUTOSHOW 2012" 


anjuran Pemuda BN Shah Alam pada Sabtu ini 16hb Jun 2012 bermula jam 12 tengahari..
Banyak aktiviti menarik yang menanti untuk tontonan anda dan seisi keluarga..

Mari bersama meramaikan majlis ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim kita.
 Diharap dapat hebahkan acara ini pada semua...Jumpa disana..
ikhlas dari KP Shah Alam.

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN!

Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan autoshow dan lain lain pertandingan diharap dapat menghubungi wakil penganjur: EN RIZAL 017-6549244

Tuesday, June 5, 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI SELANGOR

Gambar-gambar sepanjang konvensyen berlangsung.




 Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim

 Ust.Fathul Bari 

Peserta Konvensyen

Monday, June 4, 2012

PAS PERLU BUKTIKAN BUKAN 'PAK TURUT' DAP, PKR

Hakikat sebenarnya DAP telah menggantikan PAS. Selagi PAS gagal menjadi tunjang dalam Pakatan Rakyat (PR), usah bermimpi untuk menggantikan UMNO.

Pas perlu membuktikan ia memiliki suara di dalam pakatan pembangkang dan bukannya hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu-Islam.

Saya ingin mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di dalam pakatan pembangkang tidak tahu siapa parti utama, bukan seperti Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah tunjang utama di samping parti-parti komponen yang lain.

Konsep yang diamalkan oleh UMNO sebenarnya merupakan teladan kepada penstrukturan dalam pemerintahan Islam pertama ketika Rasulullah membuka negara Islam pertama iaitu Madinnah.

UMNO mempunyai strategi tertentu untuk terus kekal sebagai tunjang BN. Sebab itu perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam sangat penting bagi menjamin kelangsungan ini. Selagi orang Melayu dan Islam masih majoriti, selagi itulah UMNO kekal sebagi tunjang.

Kesepakatan ini telah diterima oleh semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat (PR), mereka tidak pernah sepakat dan sehaluan kecuali bersatu menghancurkan UMNO.

Pendapat saya, Pas hendaklah terlebih dahulu menjadi tunjang di dalam pakatan pembangkang sebelum bercita-cita menjadi parti tunggal membela orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pas ternyata berbeza dengan UMNO yang kini menjadi teras kepada BN kerana mereka sendiri gagal memiliki kerusi yang lebih berbanding komponen pakatan pembangkang yang lain.

Jadi, slogan mereka PAS ganti UMNO hanyalah retorik semata-mata dan syok sendiri.

688 AHLI PAS SERTAI UMNO

Alhamdulillah. Rakyat semakin sedar bahawa perjuangan parti pembangkang hanyalah sia-sia.

Seramai 360 ahli Pas Titi Kasai dan 328 lagi dari Felda Ijok, bertindak keluar parti itu selepas kecewa dengan perjuangan yang dianggap tidak lagi berteraskan Islam sebenar selain hanya merebut kuasa atas tiket peribadi.

Bekas Setiausaha Cawangan Pas Titi Kasai, Abdul Wahab Mahmod, 43, berkata, beliau kecewa dengan janji kosong yang ditaburkan pemimpin Pas setelah 23 tahun menjadi ahli parti berkenaan.

"Dulu saya sokong Pas kerana ia mendokong Islam, namun apabila saya sudah mendalami ilmu, Islam itu bukannya hanya terletak pada Pas malah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri untuk menjaganya.

"Pas sekarang agresif serta tidak menyenangkan banyak pihak. Satu-satu markas Pas boleh laung takbir 'Allah Maha Besar' tetapi pada masa sama, mereka kata 'mampus UMNO'. Mereka sebut kalimah yang suci dan selepas itu mereka maki balik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian UMNO yang disampaikan kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin pada majlis kenduri rakyat di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini.

Terdahulu, Hamzah turut menyertai 500 konvoi bermotor anak muda yang bermula dari Ulu Sepetang ke Kampung Titi Kasai di sini.

Seorang lagi ahli UMNO baru dari Felda Ijok, Zaharudin Zakaria, 55, pula menyifatkan sokongan yang diberikannya kepada parti itu selama 30 tahun hanya sia-sia.

Menurut Zaharudin, Pas turun padang semata-mata untuk meraih undi tanpa menghulurkan sebarang bantuan sebaliknya mengumpan dengan janji-janji kosong kepada penduduk setempat.

"Mengundi Pas hanya menguntungkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menantu saya duduk di Pulau Pinang kata hidup di sana susah, hendak beli rumah pun sukar, jadi terpaksa balik ke sini," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, melalui penyertaan sebagai ahli UMNO, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengulangi kemenangan '4-0' melibatkan kerusi Parlimen Larut dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Batu Kurau, Kubu Gajah dan Selama.

Menurutnya, daripada sejumlah 42,000 pengundi di Parlimen Larut ketika ini, hampir 30,000 daripadanya menyokong UMNO manakala seramai 3,000 dan 2,000 lagi menyokong MIC dan MCA.

"Hari ini kemasukan ahli UMNO baru ini hanya melibatkan dua DUN sahaja iaitu Batu Kurau dan Kubu Gajah.

"Selepas ini, kita akan buat untuk DUN Selama pula. Ramai ahli pembangkang kini sudah mula menyertai UMNO untuk bersama-sama membela nasib bangsa, agama dan negara," katanya.

Sunday, June 3, 2012

SOAL JAWAB KETIKA TEMU RAMAH DI UFM (93.6)



Pada 21 Mei yang lepas, saya telah diundang dalam satu temu ramah di UFM (93.6) bersama Saudari Nurunnaiha Ramli, Ketua Unit Hal Ehwal Siswi Karisma UiTM Malaysia. Tajuk diskusi "Demonstrasi Jalanan: Alternatif Terakhir?".  Berikut ialah soal jawab saya dalam temu ramah tersebut.

Soalan 1:
Demonstrasi jalanan dijadikan sebagai alternatif yang kerap digunakan dewasa ini? Adalah cara ini yang terbaik untuk menyuarakan pendapat dalam konteks negara kita, Malaysia?

Ini bukan satu cara atau pilihan terbaik bagi seorang yg bertamadun sebagai rakyat Malaysia dan terus terang saya katakan ianya terkeluar dari norma-norma murni dan sifat budaya Malaysia yg mempunyai pekerti yg tinggi. Bagi saya di Malaysia pelbagai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat telah di adakan. Sebagai contoh Majlis Perwakilan Mahasiswa di Universiti, Majlis Perundingan Belia disetiap Parlimen, Negeri dan Kebangsaan dan sebagainya telah diwujudkan bagi pihak kerajaan BN mendengar permasalahan, idea, cadangan yang di lontarkan.

Walaupun sesetengah negara barat mengatakan demontrasi jalanan adalah satu cara "halal" dan dibenarkan atas nama hak asasi manusia, tetapi sebenarnya ianya adalah satu agenda sulit untuk menghalalkan cara yg salah bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan yang sah dipilih oleh majoriti rakyat dan sebagai contoh terdekat adalah negara-negara arab seperti di Libya, Mesir dan Syria. Persoalannya sekarang ini kenapa demonstrasi jalanan menjadi trend untuk mengulingkan kerajaan? Kenapa pihak minoriti mengenakan kepada golongan majoriti dengan demonstrasi sebegini.


Soalan 2:
Baru-baru ini demonstrasi “BERSIH 3.0” telah menghimpunkan rakyat untuk sama-sama turun berdemonstrasi secara aman di Dataran Merdeka. 8 permintaan telah diutarakan, antaranya :
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Masa kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Apakah rasionalnya mengadakan demonstrasi jalanan bagi tujuan menyuarakan permintaan tersebut?


Sebelum PRU12, pembangkang atau proksi mereka yang menganjurkan Himpunan Bersih adalah rakyat atau ahli politik pembangkang Malaysia yg cuba menafikan kelemahan dan kelompongan mereka semua kerana gagal mendapat tempat di kalangan majoriti rakyat Malaysia. Sedar dengan keadaan itu mereka mencipta "sesuatu perkara yg boleh mendapat perhatian rakyat". Objektif atau rasional sebenar Himpunan Bersih sebenarnya bukan 8 tuntutan yg mereka inginkan dan yang sebenarnya adalah mencipta persepsi bahawasanya UMNO dan kerajaan BN tidak adil dengan memanipulasi daftar pemilih, sistem pilihanraya dan sebagainya untuk terus berkuasa.
Jika kita kaji trend perhimpunan aman yang dianjurkan sebelum ini semuanya bertukar kepada keganasan dan menyalahi undang-undang. Kerajaan telah bertindak seadil-adilnya kepada semua pihak dengan memberi tempat yang lebih sesuai untuk berhimpun tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak penganjur. Perkara ini yg kita persoalkan kerana jika perhimpunan aman yang ingin diadakan tempat berhimpun tak perlu dipersoalkan kerana objektif adalah sama iaitu menyuarakan pandangan kepada pihak-pihak tertentu.

Jika sistem pilihanraya di Malaysia boleh dimanipulasi, PRU12 tak kan pihak pembangkang boleh  menguasi 98 kerusi Parlimen dan mentadbir 5 buah negeri? Oleh itu, apa sebenarnya motif perhimpunan aman ini jika bukan hanya sekadar mencuri perhatian pihak tertentu terutamanya dari luar negara.


Soalan 3:
“BERSIH 3.0 itu Kotor”, banyak keganasan yang berlaku dan kerosakan harta benda awam. Adakah itu yang menjadikan demonstrasi di atas jalan lebih berkesan?

Berkesan atau tidak, bukan pokoknya. Yang penting semua rakyat Malaysia terkena dengan kesan tempias dan kerosakkannya baik dari segi material dan persepsi. Persepsi negatif yang dicipta dan dimomok telah menjadikan masyarakat dunia akan beranggapan Malaysia bukan sebuah negara yang selamat dari segi perniagaan, pelancongan, sosial dan politiknya.

Banyak pihak atau rakyat yang bersikap diam diri berang dengan anasir sebegini kerana periuk nasi mereka tertutup dan kehidupan seharian terganggu. Adilkah kita kepada mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia yang berhak untuk hidup dengan dalam suasana aman dan kondusif. Kesan ini adalah ibarat "kerana nila setitik rosak susu sebelangga". Adakah orang yang bertanggungjawab dengan Perhimpunan Bersih ini sedia untuk memulihkan susu yang rosak didalam belangga itu.? Jawapannya sudah pasti TIDAK kerana tiada keiklhasan di dalam perjuangan mereka dan segelintir rakyat dijadikan alat bagi tujuan mereka.


Soalan 4:
Banyak penyekatan yang dilakukan oleh kerajaan untuk tidak membolehkan rakyat menyuarakan pandangan mereka di tempat-tempat awam? Apa pendapat Sdr?

Betul ker? Adakah selama ini Kerajaan menyekat suara pandangan rakyat. Sebagai contoh, Adakah kita tidak dibenarkan melayari internet seperti di sesetengah negara. Bagi saya keinginan rakyat ingin menyuarakan pandangan di tempat-tempat awam perlu pertimbangkan sewajarnya kerana pihak kerajaan perlu bersikap adil bagi semua. Sebagai contoh jika ada rakyat yang ingin berbogel di tempat-tempat awam adakah kita perlu restui dan benarkan? Rakyat di Malaysia mengamalkan Konsep Monarki Atau Raja Perlembangaan yang telah membawa demokrasi yang unik di Malaysia, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipilih secara sah oleh rakyat untuk mewakili mereka. Ini adalah cara yang bertamadun dan terhormat untuk menyuarakan pandangan. Malah Rasullulah SAW pernah menegur sahabatnya untuk bermesyuawarah jika terdapat perbezaan pandangan dan pendapat kerana itu lah platform terbaik dan mulia untuk menyelesaikan masalah.

‎​Soalan 5:
Perancangan yang dilakukan oleh PEMUDA UMNO untuk membendung gejala kurang sihat terutamannya melibatkan golongan Gen-Y?

Sedia maklum, Golongan Gen Y adalah generasi pewaris selepas Wawasan 2020. Secara langsung mereka akan mewarisi legasi apa yang kita bina dan bangunkan. Pendekatan untuk membina modal insan dengan mempunyai jati diri yang kuat perlu diperhebatkan. Gejala kurang sihat yang berlaku di kalangan Gen Y bukan masalah Pemuda UMNO sahaja tetapi masalah bagi semua pihak.

Gen Y ibarat layang-layang yang terbang tinggi dan bebas tetapi masih dikawal talinya. Pendekatan secara holistik perlu dijelmakan untuk kita mengatasi masalah sosial yang dihadapi oleh mereka.
Walaubagaimanapun Pemuda UMNO akan sentiasa bersedia memainkan peranan untuk memberi input kepada pihak kerajaan bagaimana untuk membantu memperjuang dan memperkasa agenda Gen Y. Kita perjuangkan agar dasar-dasar kolot dan lapuk kerajaan yang ada sebelum ini diremajakan semula selaras dengan jiwa dan pemikiran Gen Y. Pemuda UMNO telah berjaya menubuhkan BN YOUTH LAB yg turun kebawah akar umbi untuk menerima input secara terus dan terus memperjuangkan pelbagai dasar yang diingini oleh Gen Y seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim Mikro Perniagaan di bawah PUNB dan sebagainya dan usaha ini tidak akan terhenti pada masa akan datang. Itu komitmen PEMUDA UMNO.


‎Soalan 6:
Nasihat kepada Gen Y?

Nasihat saya mudah dan jelas kepada Gen Y iaitu jangan mencari benda yang tidak pasti kunjungnya dan perlu pertahankan apa yang kita miliki sekarang. Jangan memperjudi dan korbankan keharmonian, perpaduan dan keluhuran yang kita kecapi selama ini. Percayalah, kerajaan BN faham dan mendengar apa kemahuan yang diingini oleh Gen Y, cuma kekadang perlaksanaan itu mengambil tempoh masa tertentu dan sesuai untuk dilaksanakan. Menjadi Gen Y bukannya satu pilihan tetapi satu kepastian bagi setiap rakyat Malaysia yang sudah pasti memerlukan pembelaan sewajarnya dan hanya Kerajaan BN yang mampu merealisasikan hasrat dan impian Gen Y insya allah....

Ucapan di Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN Shah Alam




JAYAKAN TRANSFORMASI GAGASAN 1 MALAYSIA


Salam Sejahtera kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan dalam parti Malaysia India Congress atau lebih dikenali MIC yang juga salah satu ahli komponen atau lebih tepat lagi “seorang sahabat karib lagi setia” parti Barisan Nasional yang kita payungi bersama dibawahnya.
Sepintas lalu sejenak mengintai sejarah parti MIC yang telah berusia dan bertapak di bumi Malaysia selama 66 tahun yang seusia dengan parti UMNO, banyak dan bermacam cabaran, onak dan duri yang telah ditempuhinya semenjak dari zaman kolonial Inggeris sehingga ke zaman cyber. Ianya bukan satu perkara yang mudah atau senang untuk bertahan bagi sekian lama yang mana parti MIC telah banyak berjasa dan berbakti kepada orang-orang India selaras dengan objektif penubuhannya.

Kejayan yang dikecapi selama ini adalah disebabkan oleh kematangan, kesetiaan dan pengorbanan pemimpin-pemimpin besar mereka seperti Tun V.T. Sambanthan, Tan Sri Dato’ Seri Manickavasagam, Dato’ Seri Samy Vellu dan seluruh ahli-ahli MIC terhadap parti Barisan Nasional sejak dulu hingga kini tanpa berbelah bagi bersama-sama berjuang dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia bagi memainkan peranan yang sangat signifikan bagi membangunkan Negara tercinta Malaysia.

Parti yang diasaskan oleh seorang peguam yang pernah meringkup di dalam penjara kerana telah berjuang bermati-matian bagi nasib bangsa kaum India yang bernama John A Thivy yang pada asal objektif penubuhannya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah sosial dikalangan masyarakat India pada tahun 1946 seperti membawa keluar dari kepompong kemiskinan, pembasmian buta huruf, permasalahan pengambilan alkohol, keganasan rumah tangga dan sebagainya telah berubah dengan satu anjakan paradigma untuk menjadi sebuah parti berasaskan satu kaum yang besar, dinamik dan dihormati di kalangan masyarakat India sejajar dan selaras dengan perkembangan arus perdana kerana MIC adalah sebuah parti yang pertama dan telah melakukan pendirian yang amat bijak dibawah kepimpinan Kundan Lal Devaser pada tahun 1954 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India dengan menyatakan persetujuan menyertai Parti Perikatan apabila Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj mempelawanya dan seterusnya setelah lebih 50 tahun masih kekal setia di bawah panji Parti Barisan Nasional sehingga kini.

Kita lihat dewasa ini berbanding 30-40 tahun yang lepas, masyarakat India majoritinya telah maju dan dengan sendirinya telah keluar dari paras kemiskinan, buta huruf, masalah sosial untuk sama-sama berdiri megah dan bangga dikalangan kelompok elit rakyat Malaysia. Ahli konglomerat, bidang professional seperti peguam dan doktor ramai terdiri dikalangan masyarakat India. Ini sudah cukup membuktikan bahwasanya polisi dan dasar parti Barisan Nasional yang memerintah Negara ini sejak tahun 1957 tidak pernah meminggirkan masyarakat dan peranan masyarakat India selama ini. Dari seorang buruh kasar atau pekerja ladang getah yang dibawa oleh orang-orang Inggeris kini “transformasi” yang dibawa oleh Parti Barisan Nasional terhadap masyarakat India telah membawa perubahan hingga ke tahap yang amat membanggakan.

Tetapi sejak March 2008 iaitu selepas PRU12, jasa dan pengorbanan parti MIC selama ini dipandang sinis dan dipertikaikan oleh sesetengah masyarakat India yang hanya “digula-gulakan” oleh parti pembangkang. Isu-isu berkaitan penindasan dan peminggiran terhadap masyarakat India di Malaysia dijaja yang mengatakan kaum minoriti seperti masyarakat India dipinggirkan dari arus perdana baik dari segi kabajikan, pendidikan, sosial dan politik hanya untuk mendapat “laba politik” untuk sementara waktu.

Kes yang masih segar dibenak minda dan sudah pasti masyarakat India tidak akan pernah lupa, kita lihat rakan-rakan atau masyarakat India kita di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang bagaimana mereka ditipu, dihalau dan dipinggirkan selepas pelbagai janji manis ditaburkan kepada mereka. Di Selangor pun apa kurangnya, mana janji-janji manis pilihanraya yang terdahulu yang ingin memberikan perhatian khusus kepada masyarakat India untuk meningkatkan kehidupan seharian mereka dari segi pendidikan, agama, sosial, kebajikan dan sebagainya dan tetapi yang ada hanyalah Parti Barisan Nasional yang melaksanakan semuanya tanpa mengira fahaman politik dan kaum. Sebagai contoh;

1) Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BRIM RM500 untuk setiap rakyat dibawah gaji RM3,000,

2) Bantuan Sekolah RM100 1 Malaysia untuk setiap pelajar sekolah menengah dan rendah,
3) Bantuan Voucher Buku RM200 1 Malaysia untuk setiap mahasiswa di IPT
4) Bantuan Perubatan Klinik 1 Malaysia,
5) Bantuan Kedai Rakyat 1 Malaysia dan pelbagai lagi telah membuktikan kerajaaan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang sering mendokong prinsip-prinsip dan mempunyai intergriti melaksanakan apa yang telah dijanji dan sentiasa dan sering berusaha menjaga kebajikan dan memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai bentuk bantuan dan insentif tanpa memperjudikan nasib rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Perang dan semboyan PRU13 akan tiba di dalam jangka masa yang terdekat, kita semua sudah tidak banyak masa lagi. Oleh itu saya mohon dan menyeru kepada semua rakan-rakan komponen terutamanya MIC untuk mengembeleng tenaga dan memusatkan semua aktiviti atau program berorentasikan PRU13, MIC perlu menjadi jentera pilihanraya dan kumpulan sokongan yang kekal setia dan sedia memberi komitmen dan berusaha bersama UMNO dan komponen lain dan perlu saling bantu membantu dan merapatkan barisan perpaduan dibawah Konsep 1 Malaysia bagi menghadapi PRU13 dan seterusnya memberi kejayaan kepada Barisan Nasional di dalam Parlimen Shah Alam dan Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik.

Ini bukan satu tugas mudah, kita semua perlu bekerja keras dan bersiap sedia dari sekarang dengan sepenuh kapasiti kekuatan yang ada pada kita untuk berusaha meraih seberapa banyak undi dari kalangan masyarakat India yang sebelum ini memang sudah terkenal sebagai pengundi tradisional dan setia kepada Barisan Nasional sejak merdeka. Kita kena kembalikan kesinambungan ini untuk memastikan kemajuan dan pembangunan masyarakat India yang dirancang dan dibangunkan di Selangor khasnya dan Malaysia amnya tidak terencat dan musnah dalam sekelip mata.

Dengan itu, saya menyeru kepada semua masyarakat India yang hadir pada hari ini marilah kita perlu bersama berganding bahu didalam objektif menebus dan mendapatkan semula kerusi parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik kepada BN di dalam PRU13 seterusnya menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri kita.





Azhari Shaari

Saturday, June 2, 2012

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU


SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG KE 14 ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

SEMPENA HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN BAGINDA
2 JUN 2012 , 12 REJAB 1433H


Friday, June 1, 2012

Video Yang Menggetar Jiwa



Isu Rantai PM Satu Lagi Fitnah Jahat PR

Perdana Menteri memakai loket kesihatan 'Quantum Solar Energy' bagi tujuan penjagaan kesihatan. 

Isu fitnah sekali lagi dimainkan oleh pihak pembangkang bagi tujuan membina persepsi buruk di kalangan rakyat. Pemakaian rantai oleh Perdana Menteri dijadikan isu untuk mengaibkan peribadinya.

Sebagai pemimpin nombor satu negara, Dato Najib wajib menjaga kesihatannya bagi malaksanakan tanggungajawab serta amanah sebagai pemimpin kepada rakyat. 

Rantai yang dipakai Dato Najib dikatakan rantai emas oleh blogger pembangkang.

Berkongsi Tentang Kelebihan Hari Jumaat


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "sSebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah s.w.t iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam 'alaihissalam dan Baginda diturunkan daripda syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam' alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w berkata: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia kan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepada pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya". (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslimm memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar." (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubut). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-keduanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar." (HR Muslim)

Meraikan Hari Guru


"Hak Guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara Guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada Guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya." - Iman Ghazali


Baru-baru ini saya telah mengetuai rombongan ahli pemuda UMNO Shah Alam ke beberapa buah Sekolah di sekitar Shah Alam bagi menyerahkan kek sebagai tanda menghargai perngorbanan guru bersempena 'Hari Guru 2012'.



Terima kasih diucapkan kepada semua ahli pemuda yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perjuangan kita diberkati oleh Allah SWT.

Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN Shah Alam




Pada 30 Mei yang lalu telah diadakan program 'Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN Shah Alam dan NGO MIC' bertempat di Dewan Anggerik Aras 3, Bangunan Umno Shah Alam.

Program dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan & Kesejahteraan Insan Petaling dan Persatuan Kebajikan & Prihatin Shah Alam telah dirasmikan oleh Y.Bhg. T. Mohan, Ketua Pemuda MIC.




BLOG KETUA PEMUDA SHAH ALAM KEMBALI AKTIF

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.


Setelah sekian lama blog ini sepi disebabkan kesibukan aktiviti. Saya akhirnya mempunyai kesempatan untuk kembali aktif 'blogging'. Diharap blog ini dapat kembali memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Insyaallah, hubungan silaturahim sesama kita dapat dieratkan disamping berkongsi idea bersama warga Shah Alam dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga perjuangan Alif Ba Ta mendapat restu dari ilahi.

Selamat membaca.

Ikhlas dari Ketua Pemuda Shah Alam.