Wednesday, May 26, 2010

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Semalam bertempat di pejabat UMNO Bahagian Shah Alam, satu sidang akhbar telah dibuat oleh pergerakan pemuda UMNO Shah Alam yang meminta kerajaan memansuhkan Lesen Judi Piala Dunia, kenyataan akhbar itu di baca sendiri oleh Azahari Shaari ketua pemuda UMNO Bahagian Shah Alam. dibawah adalah salinan kenyataan akhbar itu.

Tuesday, May 25, 2010

SMS Babah dijawab Pemuda UMNO Shah Alam

SAYA merujuk kepada SMS Babah dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 24 Mei 2010. Pemuda UMNO Shah Alam mengagih kek ke sekolah-sekolah sempena Hari Guru merupakan Program Tahunan Pemuda Bahagian Shah Alam.rujuk sini

Masalah penduduk pangsapuri yang diutarakan oleh Babah tidak dinyatakan di mana dan apa isunya. Adakah Babah sudah merujuk permasalahan penduduk kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saya berharap agar Babah dapat memaklumkan maklumat jelas dengan kadar segera kepada penama di bawah.

AZHARI SHAARI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam

Thursday, May 20, 2010

Pemuda UMNO Shah Alam hargai jasa guru.

Sempena sambutan Hari Guru, Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam menyumbang tujuh biji kek kepada tujuh buah sekolah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan golongan itu mendidik anak bangsa.

Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pemberian hadiah itu yang bermula tahun lepas sebenarnya terlalu kecil berbanding sumbangan guru yang tidak ternilai kepada masyarakat.

"Tanpa guru, tidak akan wujud ahli politik, doktor, wartawan, peguam dan sebagainya, maka kita yang sudah lama berhenti sekolah wajar mengenang jasa guru yang mendidik anak-anak kita dan anak bangsa tanpa jemu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan kek di tujuh buah sekolah di sini hari ini.

Azhari berkata, program sempena Hari Guru akan diteruskan pada setiap tahun bagi menghargai jasa golongan pendidik tidak kira yang baru atau lama.

Sekolah-sekolah yang menerima kek tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Seksyen 7, SM Seksyen 9, SM TTDI, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seksyen 6, SRK Rendah Dua Seksyen 6, SRK Seksyen 9 dan SRK Seksyen 19.

Guru Besar SRK Seksyen 6, Asmui Kairon, 52, ketika ditemui mengucapkan syukur kerana ada pihak yang prihatin dengan pengorbanan guru mendidik anak bangsa dan menghargai jasa guru kepada masyarakat.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Shah Alam yang menyanjung tinggi profesion guru," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum SRK Seksyen 9, Ong Eng Too berkata, sumbangan kek itu adalah contoh kepada generasi muda tentang pentingnya menghargai mereka yang telah banyak berjasa dalam melahirkan insan berguna dan berbakti kepada negara.

Wednesday, May 19, 2010

Pemuda UMNO mahu tahu status Johan


Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam meminta kepimpinan parti memberi penjelasan berhubung status keahlian Ketua Pemuda UMNO Cawangan U10, Johan Md. Diah, yang sebelum ini menawarkan diri bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ketuanya, Azhari Shaari berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mengetahui status Johan.

''Pemuda bahagian masih tidak pasti tentang status Johan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Shah Alam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam 4 Mei lalu membuat ketetapan untuk meminta kepimpinan parti memberi keputusan yang jelas berhubung kedudukan Johan dalam parti.

''Status Johan perlu diputuskan oleh kepimpinan parti kerana tindakan beliau bertanding atas tiket Bebas ternyata membelakangkan parti dan satu tindakan perlu diambil ke atasnya.

Menurutnya, walaupun Johan menarik diri daripada bertanding, tindakannya telah menjejaskan moral dan kredibiliti ahli UMNO yang sentiasa patuh kepada arahan parti.