Thursday, December 31, 2009

Akibat PAS Sebok Berpolitik dan Menyalahkan Orang lain

Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Nik Aziz dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah, mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Nik Aziz, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya, apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan dirinya dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan hukuman kerana berkhalwat boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Nik Aziz bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

Tuesday, December 29, 2009

PENDEDAHAN PANAS DARI IPOH MENGENAI MALAYSIAN MALAYSIA

Malam tadi bertempat di Bangunan Umno Perak, Pemuda Barisan Nasional Perak yang terdiri dari MIC, MCA dan Umno telah mengadakan sidang akhbar tentang sikap rasis Dap yang hanya berselindung disebalik Malaysian Malaysia.

En Ahmad Aki atau lebih dikenali sebagai Ramli Wong (Pengerusi Desa & Bandar DAP Negeri Perak merangkap Naib Pengerusi Gerak Negeri Perak ) 65 Tahun dari Taman Perpaduan Ipoh mendedahkan bahawa perjuangan Dap hanyalah palsu belaka.

Beliau telah menjadi ahli Dap sejak awal penubuhannya pada tahun 1968 semasa berusia 24 tahun dengan mengisi borang keahlian berserta yuran seringgit sahaja.

Tujuannya ialah satu, untuk menjadi parti pembangkang dan beliau ditugaskan untuk menambahkan jumlah ahli Dap dari kaum Melayu. Beliau juga mengakui telah banyak membawa masuk orang Malayu Ipoh untuk menjadi ahli Dap. Beliau juga pernah dijanjikan jawatan Menteri Besar Melayu Pertama jika Dap berjaya memerintah Perak.

Beliau kesal dan berdosa kepada bangsa dan tanahair kerana telah mengkhianati perjuangan Melayu sebenarnya sebagai mana yang dilaksanakan oleh Umno , Perikatan dan Barisan Nasional.

Beliau keluar dari Dap kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Dap Perak di bawah Dato Ngeh Koh Ham. Menurut beliau Ngeh lebih bersikap diktator dalam pentadbiiran dan pengurusan parti. Begitu juga dengan agihan kerusi dalam PRU. Ngeh mengutamakan kaum Cina daripada kaum-kaum lain. Calon dan kroni yang setia kepadanya diberikan kerusi Dun dan Parlimen.


Mereka memonopoli sesama kroni dan tidak secara adil. Ahli Melayu dan kaum-kaum lain tidak diberikan satu pun kerusi sedangkan ia banyakm jika dicalonkan Melayu diletakkan dikawasan yang sukar untuk menang. Calon Cina untuk kawasan yang ramai Cina. Ia tidak seperti BN yang meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu tetapi dalam Dap ia tidak terjadi begitu.

"Apa salahnya meletakkan calon Melayu di kawasan Cina?" Soal beliau lagi.

Beliau juga mengakui bahawa PAP adalah berada dibelakang Dap sejak awal penubuhan lagi dan beliau bersama pemimpin-peminpin Dap Perak pernah beberapa kali mangadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka tetapi beliau tak banyak memahami kerana perbincangan menggunakan bahasa Cina.

Bila ditanya bagaimana Dap ditubuhkan di Perak? Beliau memaklumkan ia ditubuhkan bukan di bandaraya Ipoh sebaliknya di tubuhkan dalam satu perjumpaan di kawasan Ayer Tawar Perak.

Dap membesarkan isu Malaysian Malaysia tetapi hakikatnya ia adalah kepalsuan semata-mata. EN Ahmed Aki yang menjadi ahli Dap sejak awal tidak dibela sepenuhnya. Kehidupannya juga susah. Dap tidak pernah membalas budinya. Dia ditinggalkan begitu sahaja bila tenaga dan kudrat telah dimamah usia. Dap tidak pernah menjenguk dan memberi bantuan.

Kesusahan dan kedaifan beliau telah mendapat perhatian oleh Pusat Khidmat dan Aduan BN Pemuda BN Perak- En Ravi Chandran. Setelah menyiasat melalui temubual ,terbongkarlah bahawa beliau adalah bekas ahli Dap yang diabaikan.

Rumusan yang dibuat oleh barisan Pemuda Barisan Nasional ialah Dap mempunyai sikap rasis yang amat kuat terhadap kaum Cina dan sikap Dap berbaik-baik dengan Pas adalah palsu belaka. Pas yang majoritynya Melayu Islam sebenarnya dibenci oleh Dap. Dap hanya bermain wayang dan bermuka-muka bila berdepan dengan Pas dan Pkr.

terima kasih kepada TM (Taiping mali)

Monday, December 28, 2009

PAS Bukan Parti Agama



Sebelum ini, didalam pilihanraya-pilihanraya kecil atau umum, Pas sering menggunakan modal "undi Pas dapat pahala". Para pengundi juga sering dimomokkan dengan "undi Pas akan masuk syurga". Tetapi selepas ini jika secara rasmi PR didaftarkan, apakah slogan ini masih boleh diguna pakai ?

Mungkin selepas ini kita akan mendengar pula slogan "undi PR dapat pahala" biarpun calonnya itu dari parti DAP. Mungkin juga kita akan dapat melihat banner-banner pilihanraya berbunyi "saya orang Islam, wajib undi PR" seperti yang pernah di pamer di pilihanraya kecil Bukit Gantang. Ini semua bakal mengelirukan lagi pemikiran umat Islam di negara ini.

Pas yang sebenarnya bukanlah sebuah parti agama. Pas merupakan sebuah parti yang diluluskan oleh penjajah pada tahun 1951 bagi mengimbangi kekuatan Umno. Parti Pas lahir diatas rasa kecewa dan juga perebutan kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin melayu ketika itu.

Untuk menjanjikan pahala dan syurga kepada pengundi-pengundi di negara ini, kita harus ingat bahawa istilah Pas tiada didalam rukun serta perundangan Islam. Pas merupakan parti yang dibuat oleh penjajah hanya untuk memecahkan orang melayu daripada bersatu dibawah satu parti.

Apabila ulamak-ulamak politik Pas mendakwa bahawa jika mengundi Pas beroleh pahala, mereka lupa bahawa Pas bukanlah parti agama. Jadi masyarakat harus sedar bahawa undi Pas tidak semestinya masuk syurga, undi Pas juga tak menjanjikan pahala. Begitu juga jika jika tak memenangkan Pas, umat Islam akan masuk neraka. Tidak memenangkan Pas juga tak semestinya membuatkan kita berdosa.

Sejak sekian lama dakyah sesat ini dimanipulasi oleh ahli-ahli politik Pas didalam menjuarai permainan politik mereka. Banyak juga umat islam terpedaya dengan cara mereka memutarbelitkan ayat Quran dan hadis. Ini terjadi kerana segelintir individu ini lupa bahawa Pas sebenarnya hanyalah parti politik ciptaan manusia.

Jika ahli-ahli politik didalam Pas mahu berkeras menyatakan mereka itu sebuah parti Islam yang boleh menjanjikan syurga serta pahala, perlu ditanya kepada mereka dimanakah tauliah dari Allah kepada parti mereka didalam hal itu?

Pas boleh dikatakan telah menyeleweng apabila mengaitkan syurga dan pahala didalam permainan politik mereka. Pas bukanlah merupakan satu prinsip agama. Pas juga bukanlah satu aqidah yang perlu ditauhidkan. Tiada satu ayatpun yang mentauliahkan kepada Pas untuk menjadi pemberi pahala dan juga penjaga pintu syurga.

Pas telah terdesak untuk mengabui mata rakyat supaya rakyat tidak melihat kelemahan pentadbiran mereka. Pahala dan syurga yang dijanjikan hanyalah semata-mata untuk meraih simpati dari umat Islam dinegara ini. Ahli-ahli politik Pas sebenarnya tak ubah seperti penjual ubat kuat yang bijak bermain kata-kata untuk melariskan jualannya. Keberkesanannya belum tahu tetapi yang penting hanyalah jualannya laku.

Apakah didalam Al Quran dan hadis ada menyatakan bahawa kita wajib mengundi dipihak Pas sahaja dan akan beroleh syurga serta pahala jika menjadi ahlinya? Jika ada maka amat malanglah umat Islam dinegara lain kerana Pas tidak wujud di negara mereka. Amat beruntunglah pula umat Islam di negara ini kerana dikurniakan Allah parti Pas di sini.

Minda jemaah-jemaah Pas di negara ini telah ditarbiyahkan bahawa Pas sebuah parti agama kerana perlembagaannya berteraskan Islam dan berjuang untuk negara Islam. Ini yang membuatkan mereka begitu taksub menyokong ahli-ahli politik didalam barisan kepimpinan Pas.

Jemaah Pas lupa bahawa tugas ahli politik hanya untuk memenangkan parti yang dinaunginya. Tiada bezanya tugas ahli politik dengan pekerja kilang contohnya jika dilihat dari skop matlamat dan tujuan. Begitulah juga dengan ahli politik Pas.

Jika mahu dikatakan Pas itu betul-betul ingin melaksanakan Al Quran dan hadis didalam sistem pemerintahan negara, mengapa di negeri-negeri yang telah diperintah oleh Pas tidak dilaksanakan sistem berlandaskan Al quran dan juga hadis dengan sepenuhnya ? Mengapa pula hukum menutup aurat di Kelantan hanya di laksanakan kepada peniaga sahaja dan bukannya menyeluruh kepada semua umat Islam dinegeri itu ?

Jadi, bagi sesiapa yang mempercayai bahawa dengan mengundi Pas akan beroleh ganjaran pahala, serta menjadi ahli Pas juga dijamin akan mendapat tempat di syurga, haruslah kembali membetulkan aqidah mereka.

Janganlah terpedaya dengan sikap-sikap ulamak politik Pas yang semakin berlebih-lebih didalam memutarbelitkan Islam demi kepentingan peribadi mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

Jauhilah olehmu daripada ghuluw dalam beragama, kerana binasanya orang-orang sebelum kamu (Ahlul Kitab) adalah disebabkan sikap ghuluw mereka dalam beragama.
-Hadis Riwayat Ibnu Majah.

“setiap yang baru (dalam agama) adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat, dan setiap sesat itu di dalam neraka”

Wednesday, December 23, 2009

Sikap Angkuh Makan Diri


Mampukah pemimpin dalam pakatan campuran memenuhi janji-janji yang pernah dilafazkan oleh mereka sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 awal tahun lalu?

Pastinya jawapan bagi persoalan tersebut telahpun diketahui apabila satu demi satu kemelut dalam masyarakat negeri-negeri yang ditadbir mereka berterusan sedangkan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi payung bersikap sebaliknya.

Sudahlah wakil rakyat yang dilantik gagal melaksakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi hinggakan permasalahan penduduk tempatan terbiar begitu sahaja, sudahnya rakyat dihidangkan pula dengan kemelut politik dalaman sekutu pakatan campuran yang tak sudah-sudah.

Rakyat sudah dipamerkan dengan kepimpinan yang berfikiran cetek dan berakal dangkal; gagal menunaikan manifesto yang dicanangkan apatah lagi untuk menambahbaik yang ada sebaliknya, semakin parah pula jadinya.

Tentunya masyarakat masih ingat ketika mula-mula pakatan pembangkang mentadbir kerajaan negeri Selangor; bagaimana parti Pas sebelum berkuasa ingin menghapuskan kilang arak dan lesen rumah urut tetapi apabila berkuasa, bukan sahaja tidak ditunaikan malahan menyokong ladang ternakan babi yang mahu dibina berhampiran perkampungan Melayu yang dahulu turut diselarnya.

Kemudian, kepincangan pentadbiran kerajaan negeri terserlah dengan pendedahan penglibatan adik Penasihat PKR di dalam anak syarikat kerajaan negeri. Namun sejurus selepas pendedahan tersebut, adik ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah meletakkan jawatan di dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) secara serta merta.

Begitu juga, dengan kisah penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Ini belum lagi dengan tercalarnya perpaduan masyarakat apabila hal rumah ibadat, kuil dan azan masjid menjadi isu yang meleret-leret dan berpanjangan hinggakan hampir-hampir mencetuskan rusuhan.

Ini belum lagi diperkatakan berkaitan kepincangan pentadbiran di Pulau Pinang dan Kedah apabila masyarakat turut menyaksikan janji-janji yang ditabur lenyap begitu sahaja.

Sebagai contoh, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang kedua belas tahun 2008 bertarikh 21 Julai 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang berjanji dengan pelbagai usaha dan tindakan bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu dengan pelbagai usaha dan tindakan.

Tetapi, tidak sampai pun setahun, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa mereka gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu atas alasan sukar membuka akaun amanah kerana terlalu banyak prosedur.

Bukan itu sahaja, sehingga kini tiada apa-apa pembangunan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pakatan pembangkang melainkan, mencari kesalahan kerajaan terdahulu.

Lebih teruk lagi, isu kebejatan moral ADUN dan pemimpin atasannya ibarat mendapat ‘sokongan padu’ daripada rakan pakatan sehingga terpaksa menipu rakyat dengan menuduh semuanya konspirasi BN.

Lihat sahaja bagaimana keputusan mahkamah berkaitan pentadbiran Negeri Perak yang tidak berpihak kepada pakatan pembangkang, maka ia dijadikan sebagai satu bahan oleh mereka dengan ceramah-ceramah semasa, kononnya mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan.

Sehingga ke hari ini, hampir memasuki tahun kedua mereka mentadbir, berapa banyakkah janji-janji di dalam manifesto semasa pilihan raya umum ke-12 lalu ditunaikan?

Nilailah sendiri, bagaimana mungkin pakatan pembangkang mahu bercakap tentang agenda dan masa depan parti mereka sedangkan mereka sendiri tandus dan fakir dalam mensyukuri setiap nikmat yang ada.

Pastinya rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan lebih mengerti dan memahaminya…

Tuesday, December 15, 2009

Standby PRK Parlimen Batu.


Ahli Parlimen PKR kawasan Batu di Kuala Lumpur,Tian Chua berkata beliau tidak akan merayu seterusnya jika proses rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai 29 Januari ini kalah.

Katanya kepada Agendadaily selepas satu forum dekat Kuala Lumpur Sabtu malam langkah ini adalah bagi memastikan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu.

“Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,”katanya.

Tian Chua menjangka jika beliau meneruskan proses rayuan ini boleh memakan masa dan melepasi tempoh had peraturan Suruhanjaya Pilihanraya dimana tidak perlu ada pilihanraya kecil jika seseorang wakil rakyat kosongkan kerusinya pada Mac 2011.

Beliau enggan mengulas harapannya dalam proses rayuan mulai 29 Januari itu.

Tian Chua bagaimanapun berkata beliau yakin PKR dapat menawan balik kawasan Batu sekiranya berdepan dengan calon BN-Gerakan di situ.

“Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah,”katanya.

Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai

Monday, December 14, 2009

Jangan titah Sultan Selangor ibarat curah air di daun keladi...



Maka berlaku pertembungan antara pemimpin dan pegawai hingga ada Pegawai Daerah merasakan mereka seolah-olah diperbudak-budakkan, seolah-olah mereka tidak tahu pentadbiran dan prosedur.

Untuk apa semua ini?

Adakah kerajaan pakatan rakyat di Selangor mahu menunjuk sikap ketelusan sehingga benar seperti titah Baginda Sultan bahawa berlaku perkara-perkara kecil yang dihebah dan diperbesarkan sehingga melampau batasan sekaligus mengelirukan rakyat?

Atau adakah dengan mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan BN bermaksud kerajaan pakatan rakyat sekarang lebih baik tanpa penyelewengan, rasuah, kronisme atau sebagainya?

Khalid patut mengambil ikhtibar daripada titah Sultan Selangor dengan mengutamakan agenda pembangunan daripada kepentingan dan retorik politik picisan mereka.

Janganlah banyak bercakap sahaja tetapi hingga mengabaikan perkara-perkara berfaedah kepada rakyat.

Seperti titah Baginda, rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah soal-soal politik.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.

Mencetuskan isu-isu bagi menutup kesalahan dan kelemahan pimpinan kerajaan sekarang hanya menyebabkan rakyat terus menanam kebencian terhadap pakatan rakyat.

Rakyat Selangor pastinya sudah muak dengan cara politik murahan pakatan rakyat ini kerana mereka bertindak seolah-olah mereka sahaja yang betul dan mereka sahaja berjasa kepada rakyat.

Hampir dua tahun memerintah Selangor, pakatan rakyat tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka yang terbaik kerana banyak perkara yang merobek dada rakyat apabila melihat parti yang mereka pilih ketika pilihan raya lalu gagal mengotakan banyak janji-janjinya.

Apa yang jelas, perbezaan politik hampiur menjurus kepada perpecahan rakyat malah institusi raja dan masjid turut dicemar oleh kumpulan tertentu bagi laba politik mereka.

Seruan Sultan Sharafuddin supaya hidup bersatu-padu, jangan berpecah dan tidak menjadikan perbezaan politik sebagai alasan untuk tidak saling hormat-menghormati serta sentiasa mengikut saluran yang betul yang berlandaskan undang-undang jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, perlu diterima ikhlas oleh Khalid dan pimpinannya..

Titah Baginda kali ini perlu diberi perhatian dan tidak patut dipandang mudah.

Janganlah titah Baginda menjadi seperti peribahasa mencurahkan air di daun keladi iaitu tidak mendatangkan kesan apa juga pun.

Baginda juga pastinya sudah cukup sabar melihat dan mendengar setiap perkembangan di negeri Selangor sebelum membuat teguran dan nasihat begini.

Andai Khalid dan pakatan rakyat engkar nasihat Baginda, maka bersedialah menerima pembalasan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Wednesday, December 9, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP KULASEGARAN


Pada 8/12/09, satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam berikutan keceluparan mulut Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, YB Kulasegaran mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan dan Hak-hak keistemawaan orang melayu, pada Jam lebih kurang 1100 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

lagi laporan dan gambar di cctvmalaysia.blogspot.com

Monday, December 7, 2009

Siapa Chin Peng, Patutkah Kita Menerimanya Kembali?


ISU berkaitan Chin Peng bukanlah perkara yang baru dibangkitkan kerana ia telah acapkali digunakan sebagai antara agenda para pembangkang dalam cubaan membakar perpaduan yang selama ini tersimpul rapi di kalangan rakyat.

Minggu lalu, nama Chin Peng di sebut lagi oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan hujah kewajaran Kerajaan Pusat untuk memberikan permohonan maaf kepada individu terbabit lantas membawanya kembali ke tanah air.

Namun demikian, ketegasan kerajaan dalam membuat keputusan tidak pernah goyah untuk tidak membenarkan Chin Peng kembali apatah lagi ia mengambil kira bukan hanya kepentingan awam malah kesejahteraan negara yang selama ini terpelihara juga akan turut terpalit sama.

Tidak kiralah sama ada perubahan masa dan zaman yang berlalu, nama Chin Peng pastinya tidak luput dari sejarah apatah lagi ingatan masyarakat yang masih ada semasa komunis bermaharaja.

Chin Peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut sama terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dengan beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya.

Perlu difahami bahawa penularan fahaman komunisme ini adalah berlangsung daripada perjuangan untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah iaitu PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Namun demikian, tindakan yang diambil adalah lebih cenderung kepada pertumpahan darah dan kekerasan yang sememangnya amat bertentangan dengan budaya dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.

Pergerakan penubuhan PKM untuk membebaskan Tanah Melayu dan mencapai kemerdekaan, lantas semasa pemerintahan Jepun PKM melalui MPAJA telah menentang Jepun.

Bagaimanapun, selepas Jepun menyerah kalah, PKM bertindak dengan beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, tindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga berlaku yang mengorbankan banyak nyawa.

Dalam pada itu, terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menjadi penamat kepada PKM kerana penglibatan mereka telah diketepikan oleh British.

Lantaran itu, PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Ekoran tindak balas tersebut, British mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, iaitu sebagai jalan bagi melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.

Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya – TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Akibat daripada ketidakselamtan yang berpunca dari keganasan komunis ini telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent pada 12 Julai 1948 ke seluruh negara.

PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948, lantas seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Namun demikian, atas kepentingan bersama dan kesejahteraan masa hadapan, pada 9 September 1955 Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Sokongan besar rakyat kepada Perikatan dan pilihan raya 1955 memberi kesan positif atas kesinambungan perjuangan bangsa dan menutup peluang PKM berkuasa.

PKM telah menulis surat kepada Tunku untuk berunding. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku, Tan Cheng Lok dan David Marshall (Ketua Menteri Singapura) manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Namun demikian, rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 ini menemui kegagalan kerana Kerajaan menolak desakan PKM supaya diiktiraf sebagai parti yang sah dan Chin Peng enggan menerima syarat-syarat Kerajaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Dengan gerakan bersenjata komunis sebelumnya, dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantas, sebagai memahami aspirasi negara, dan pejuang yang telah gugur ekoran tindakan komunis, wajarkah memaafkan individu yang terlalu banyak angkara khianat telah dipalitkannya terhadap negara ini?

Friday, December 4, 2009

Beria-ia Khalid Samad Minta Tauliah Dari JAIS


Beria-ia benar Ahli Parlimen PAS Shah Alam mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu memberikan semula tauliah kepadanya untuk mengajar dan berceramah di negeri itu.

Bahkan beliau muncul dengan dakwaan terbaru mengaitkan UMNO punya angkara disebalik tindakan JAIS menarik balik tauliahnya pada 28 Oktober.

Mengikut Khalid yang juga Ketua PAS Kawasan Shah Alam, UMNO bahagian itu berusaha menyekat beliau serta dua lagi anggota Exco Kerajaan Negeri , Yaakob Safari serta Rodziah Ismail.

Kononnya dengan tindakan itu mereka tidak lagi boleh masuk masjid beri ceramah mahupun mengajar dan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dilihat seolah-olah anti Islam.

Kata Khalid, UMNO anggap Shah Alam macam batu permata sebab itu mesti ditawan pada pilihan raya akan datang sama ada kerusi parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah dalam sidang media di lobi parlimen Rabu, beliau berterus terang menuduh pegawai atasan JAIS mengikut telunjuk UMNO kerana mereka bekerja di bawah pentadibran kerajaan BN sebelum ini.

Dalam hal ini, Khalid nampaknya lupa bahawa banyak pihak tahu krisis beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang membawa pengugurannya daripada menganggotai pimpinan PAS negeri tahun lalu.

Pemimpin serta ahli PAS terutama di Selangor tahu kedua-dua mereka sedang ‘berperang’ walaupun masing-masing cuba senyum antara satu sama lain ketika berjumpa dalam mesyuarat perhubungan PAS negeri.

Perbalahan mereka berdua juga sudah sampai kepada lembaga disiplin parti dengan Khalid dan Dr. Hasan masing-masing sudah dipanggil memberi keterangan dan kini mereka hanya menunggu tindakan susulan.

Khalid juga mengakui beliau dipanggil lembaga disiplin parti kerana aduan beliau berterusan bercanggah pendapat dengan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Dr Hasan.

Ambil kira sebab-sebab ini, Khalid tidak sepatutnya tunding jari kaitkan UMNO sebagai punca tauliahnya ditarik balik oleh JAIS.

Kenapa beliau tidak berani tuduh Dr Hasan kerana pesuruhjaya PAS negeri itu juga adalah Exco berkaitan agama di Selangor?

Persoalan ini yang perlu dijawab Khalid.


Berbalik soal tauliah, ada pihak berpendapat Khalid beria-ria mahu diberikan tauliah bukan semata-mata supaya boleh mengajar agama mahupun ceramah tetapi dipanggil ‘ustaz’.

Dengan gelaran ustaz, Khalid akan lebih mudah diterima pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Ini menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin ulama yang jadi teras pimpinan dalam PAS.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dijangka membincangkan isu membenarkan atau tidak tauliah diberikan semula kepada ahli parlimen Shah Alam itu, esok.

Sebelum ini, Khalid menafikan menggunakan penduduk setempat untuk memberi tekanan terhadap JAIS yang menarik balik pemberian tauliah mengajar agama kepadanya.

Ini kerana pembantu beliau Mohd Jamil Abdul Rahim terbabit dalam mengumpul lebih 650 ahli kariah di kawasan itu yang menandatangani memorandum bantahan yang diserahkan kepada JAIS baru-baru .

Bagaimanapun, dalam masa sama sekumpulan lagi penduduk kariah menyatakan sokongan terhadap tindakan JAIS menarik tauliah Khalid.

Dalam sidang media itu, Khalid menjelaskan beliau akan merayu kepada kerajaan negeri serta Sultan Selangor jika MAIS atau JAIS mengekalkan keputusan menarik tauliahnya sebelum ini.

Wednesday, December 2, 2009

Nik Aziz minta orang berdoa secara individu

Setelah dikecam hebat kerana meminta orang ramai secara umum mendoakan keburukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika Perdana Menteri tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar sedikit saranannya itu dengan meminta agar doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri terasa hati bahawa sebut nama dia dalam doa, maka saya minta tidak sebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Beliau sebelum ini meminta orang ramai mendoakan agar Najib mengubah fikiran supaya memberikan royalti minyak itu, dan jika Perdana Menteri gagal berbuat demikian, orang ramai hendaklah mendoakan supaya Najib "ditimpa kemusnahan".

Berikutan kenyataannya itu, pelbagai pihak telah mengutuk beliau, dan semalam, 1,000 orang berkumpul di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran Kota Darulnaim di sini untuk secara terbuka menunjukkan rasa tidak senang hati mereka.

Dalam reaksinya sebelum ini, Najib berkata beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu tidak diperintah oleh Pas.

Perdana Menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam. Nik Abdul Aziz berkata beliau kesal dengan pihak yang membesarbesarkan isu doa itu sehingga mencetuskan kekeliruan. Beliau menjelaskan permintaan doanya pada peringkat awal ini adalah untuk meminta Tuhan mengubah hati Perdana Menteri supaya memberikan royalti minyak kepada Kelantan, dan jika itu gagal, barulah dibuat doa minta bala terhadap Najib.

"Jika tak beri barulah kita doakan kepada kemusnahan. Saya nak minta dia bayar royalti. Takkan orang buat kita, kita nak dok diam," katanya